
Adakah penyakit kronik semakin berlaku dalam kalangan orang muda?
Ya!
Ramai dewasa berumur 20 sehinnga 40 tahun kini mengalami diabetes, tekanan darah tinggi, dan masalah kolesterol akibat tekanan, gaya hidup tidak sihat, dan kurang pemeriksaan kesihatan berkala. Kajian menunjukkan bahawa penilaian kesihatan yang terstruktur dapat membantu kawalan jangka panjang penyakit (Bao et al., 2024). Kajian ini juga menunjukkan bahawa intervensi berasaskan penilaian menyeluruh meningkatkan kualiti hidup pesakit yang berisiko tinggi.
Adakah pengesanan awal terbukti dapat menyelamatkan nyawa?
Ya!
Patient-centred monitoring, terutamanya untuk pengurusan hipertensi, telah terbukti mengurangkan risiko komplikasi dan kematian (Hickey et al., 2021). Ini menekankan kepentingan pemeriksaan kesihatan sebelum simptom muncul.
Adakah pandemik menyebabkan ramai orang menunda pemeriksaan kesihatan?
Ya!
Ramai orang dewasa menangguhkan pemeriksaan rutin selama 2–3 tahun. Akibatnya, isu senyap seperti prediabetes dan kerosakan awal buah pinggang tidak dikesan. Kajian tingkah laku menunjukkan gangguan rutin boleh melemahkan tabiat penjagaan kesihatan (Novilla et al., 2023). Ini menunjukkan keperluan untuk membina semula tabiat kesihatan yang baik selepas pandemik.
Adakah pemeriksaan tahunan mudah boleh mengesan masalah kesihatan tersembunyi?
Ya!
Pemeriksaan tahunan boleh mengesan perubahan metabolik awal, masalah organ, dan risiko kardiovaskular sebelum simptom muncul.
Adakah ultrasound penting untuk kesihatan reproduktif wanita?
Ya!
Ultrasound membantu mengesan fibroid, cysts, dan uterine abnormalities. Kajian terkini menunjukkan kaedah berasaskan kecerdasan buatan dapat meningkatkan ketepatan pengesanan fibroid melalui ultrasound (Huo et al., 2023). Ini menekankan kepentingan pemeriksaan berkala, terutamanya bagi wanita yang mengalami heavy periods, kesakitan pelvis, atau isu kesuburan.
Adakah Pap smear membantu mengesan perubahan sel berkaitan kanser lebih awal?
Ya!
Pap smear dapat mengenal pasti sel abnormal sebelum ia menjadi masalah serius.
Adakah dewasa berumur 30 tahun ke atas perlu menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan?
Ya!
Golongan ini berisiko lebih tinggi mengalami penyakit kronik tersembunyi walaupun merasa sihat.
Jika anda mempunyai sejarah keluarga dengan penyakit, adakah anda perlu pemeriksaan?
Ya!
Faktor genetik meningkatkan risiko penyakit seperti diabetes, hypertension , strok, dan penyakit jantung.
Adakah wanita selepas bersalin disarankan untuk pemeriksaan berkala?
Ya!
Perubahan hormon boleh mencetuskan isu tersembunyi seperti masalah tiroid, anemia, atau prediabetes.
Adakah tekanan kerja atau gaya hidup meningkatkan risiko kesihatan?
Ya!
Tekanan memberi kesan kepada tekanan darah, kualiti tidur, dan kesihatan metabolik.
Adakah pemeriksaan tahunan membantu doktor menjejaki trend kesihatan?
Ya!
Pemeriksaan berkala membolehkan doktor membandingkan keputusan dari masa ke masa, menyesuaikan nasihat, dan mengesan perubahan awal yang mungkin tidak disedari (Bao et al., 2024).
Adakah pemeriksaan komuniti dapat mengesan risiko tersembunyi?
Ya!
Pemeriksaan kesihatan di komuniti dapat mendedahkan isu kardiometabolik yang ramai tidak sedari (Dong et al., 2022). Ini menunjukkan pemeriksaan bukan sahaja bermanfaat untuk individu, tetapi juga dapat menyokong kesihatan komuniti.
Adakah Poliklinik Raudhah Raisha Nilai tempat yang dipercayai untuk pemeriksaan kesihatan?
Ya!
Kami menyediakan pakej pemeriksaan mampu milik, keputusan yang tepat, dan persekitaran mesra untuk lelaki, wanita, dan keluarga.
Dapatkan Pemeriksaan Kesihatan Tahunan Anda !

Poliklinik Raudhah Raisha Nilai
G-02, Jalan Perniagaan Laman Gala,
Pusat Perniagaan Laman Galla,
71800 Nilai, Negeri Sembilan
Waktu Operasi
Isnin – Sabtu : 9am – 9pm
Ahad : Tutup
Ikuti kami di media sosial untuk info kesihatan & promosi:
Instagram : poliklinikraudhahraishanilai
link : https://www.instagram.com/poliklinikraudhahraishanilai/?hl=en
WhatsApp / Call: +60 16-755 8761
Email: poliklinikraudhahraishanilai@gmail.com
Rumusan
Pemeriksaan kesihatan tahunan boleh mengesan penyakit kronik sebelum menjadi serius. Diabetes, hypertension, fibroids, dan sel abnormal dapat dikesan lebih awal. Pastikan kesihatan anda dengan pemeriksaan berkala di Poliklinik Raudhah Raisha Nilai.
By Syakir Imran
Rujukan :
- Novilla, M. L. B., Goates, M. C., Redelfs, A. H., Quenzer, M., Novilla, L. K. B., Leffler, T., … & Aldridge, K. (2023). Why parents say no to having their children vaccinated against measles: a systematic review of the social determinants of parental perceptions on MMR vaccine hesitancy. Vaccines, 11(5), 926.
- Huo, T., Li, L., Chen, X., Wang, Z., Zhang, X., Liu, S., … & Deng, K. (2023). Artificial intelligence-aided method to detect uterine fibroids in ultrasound images: a retrospective study. Scientific Reports, 13(1), 3714.
- Bao, D., Wu, L., & Cheng, Q. (2024). Effect of a comprehensive geriatric assessment nursing intervention model on older patients with diabetes and hypertension. World Journal of Clinical Cases, 12(20), 4065-4073. https://doi.org/10.12998/wjcc.v12.i20.4065
- Dong, K., Beckwith, C., Grossman, A., Weiner, D., & Lichtenstein, A. (2022). Utilizing the probation office as an opportunity to screen for cardiometabolic outcomes: a feasibility study. Journal of Correctional Health Care, 28(4), 274-282. https://doi.org/10.1089/jchc.20.11.0102
- Hickey, M., Ayieko, J., Owaraganise, A., Sim, N., Balzer, L., Kabami, J., … & Havlir, D. (2021). Effect of a patient-centered hypertension delivery strategy on all-cause mortality: secondary analysis of search, a community-randomized trial in rural kenya and uganda. Plos Medicine, 18(9), e1003803. https://doi.org/10.1371/journal.pmed.1003803