Ibu baru tau yang ibu pregnant? Tahniah! Tapi sekarang mesti macam risau sikit kan? Macam mana nak mula? Apa nak buat? Bila kena pergi check up ? macam macam persoalan yang berlegar dalam kepala kan. Jangan risau, jom kita sembang santai pasal prosedur pemeriksaan ibu mengandung. Artikel ini memang direka khas untuk para ibu mengandung.
Apa itu trimester?
Petama sekali, ibu perlu tahu peringkat kehamilan terbahagi kepada 3 peringkat atau dikenali sebagai trimester;
- Trimester pertama (0-13minggu) : Detik Mula Si Kecil Baby baru mula terbentuk
- Trimester kedua (14-26minggu) : Fasa ‘seronok’ dan ‘tenang’ Baby mula membesar
- Trimester ketiga (28-40minggu) : Fasa bersedia untuk ‘Grand Entrance’ si kecil
- Organ semua dah lengkap, bersedia untuk keluar ke dunia
Setiap trimester ada check up yang berbeza. Jadi, setiap fasa berbeza pengalaman dari awal hingga akhir.
Trimester Pertama : Detik Mula si kecil
Trimester pertama ni memang satu pengalaman yang luar biasa, especially untuk ibu yang pertama kali! Masa ni, baby comel dalam rahim tu—yang dipanggil embrio—tengah membesar dengan pantas! Bayangkan, daripada sebesar biji kacang, dia tengah sibuk ‘menduduki’ rahim ibu dan mula bentuk organ-organ penting. Sambil tu, badan ibu pun mula buat pelbagai perubahan ajaib untuk sambut kehadiran si kecil. Semua benda rasa baru, kadang keliru, kadang terharu—tapi percayalah, ini permulaan kepada satu perjalanan yang penuh keajaiban
Apa yang berlaku semasa check up pregnant?
Pengesahan Kehamilan: Untuk sahkan kehamilan, doctor akan sahkan melalui ujian air kencing atau bole juga dengan ujian darah
Scan Awal Kehamilan: Waktu ni, doctor akan buat ultrasound untuk tengok kantung dan confirmkan Tarikh due date
Ujian darah dan air kencing: Semasa booking kehamilan, ujian darah dan air kencing ini penting untuk periksa :
- Kumpulan darah dan rhesus factor
- Tahap darah merah (anemia)
- Penyakit tertentu seperti HIV, Hepatitis dan rubella
- Alahan awal kehamilan
Kalau mummy ada Alahan dan muntah teruk, doctor akan bagi nasihat, rawatan dan ubat yang sesuai
Rancang temujanji untuk NT Scan (Nuchal translucency Scan)
- NT scan ni hanya bole dilakukan semasa trimester pertama Sahaja iaitu 11minggu -13minggu 6 hari
- Saringan down syndrome, patau syndrome dan Edward syndrome
- Pastikan tanda dalam kalender mummy untuk jadualkan scan ni
- Waktu ni juga degupan jantung baby dah bole dengan dengan sangat jelas, syahdu sangat
Baca: Bila boleh start scan 3D 4D kandungan
Tips untuk trimester pertama:
- Ambil Asid Folik: Ni penting untuk mencegak kecacatan tiub saraf pada baby
- Elakkan makanan mentah: jangan makan sushi atau telur mentah
- Rehat yang secukupnya: Badan Tengah adapt dengan perubahan hormon dan perkembangan baby, jadi banyakkan berehat, jangan push diri sangat Jangan tertinggal NT scan ya
Trimester kedua : Fasa Seronok dan Lebih Tenang
Trimester kedua lebih menenangkan. Alahan dan loya dah berkurang, ibu pun dah mula cergas.
Waktu ini para ibu akan merasakan pergerakan pertama baby. Masa ni baby membesar dengan cepat dan organ utama semua dah mula berfungsi
Apa yang ibu kena alert waktu check up trimester kedua ni?
Ujian Ultrasound Detail (Anomaly Scan)
Scan ini biasanya dibuat pada minggu ke 18 hingga 26. Doktor akan periksa perkembangan baby secara menyeluruh, satu persatu organ, otak, jantung, tulang, buah pinggang semua lah.
Ujian Air Gula ( MGTT)
Ibu yang ada risiko kencing manis semasa mengandung, wajib minum air gula ni ya untuk saringan awal. Jangan risau, sekarang, pelbagai perisa sedap dah ada tau.
Berat dan Tekanan darah Ibu dipantau setiap temujanji
Doktor akan pantau berat ibu setiap bulan, dan pastikan tekanan darah ibu sentiasa stabi
Tips untuk trimester kedua
Makan makanan berzat tinggi: Trimester kedua ni baby mula membesar dengan lebih aktif. Pastikan ibu ambil makanan tinggi protein, zat besi, kalsium dan asid folik
Baca: Bahaya Kekurangan Asid Folik Semasa Hamil
1. Jangan lupa kalsium: Tulang bayi tengah terbentuk. Susu, yogurt, keju, sayur hijau dan suplemen kalsium sangat membantu.
2. Senaman ringan & regangan: Boleh mula buat prenatal yoga atau berjalan ringan. Ia bantu kurangkan sakit belakang dan bantu posisi baby lebih baik.
3. Tidur posisi mengiring kiri: Posisi ni bantu pengaliran darah yang lebih baik ke bayi dan rahim. Elak tidur terlentang terlalu lama ya.
4. Wajib buat Detail scan ya: Ini penting untuk periksa perkembangan organ bayi dengan lebih terperinci dan pastikan semuanya okay.
Trimester ketiga: Fasa bersedia untuk ‘Grand Entrance’ si kecil
Perasan ibu waktu dah trimester akhir ni mesti bercampur baur. Gembira nak menanti kelahiran Cahaya mata, dalam masa yang sama, penat pun ada, takut pun ya jugak.
Baby dah terbentuk sepenuhnya, tunggu masa nak lahir.
Kandungan trimester 3 atau sering dirujuk sebagai trimester terakhir ini merangkumi minggu 28 hingga 40 kehamilan sebelum ibu hamil bersalin.
Apa jadi semasa check up kehamilan di trimester ketiga
Pantau Pergerakan Baby: Ibu wajib kira dan catit pergerakan baby, kena alert pergerakan baby setiap hari. Pastikan baby cukup 10 gerakan dalam masa 12 jam
Periksa Kedudukan Baby: Doktor akan pastikan posisi kepala baby ke bawah, sebagai persediaan untuk bersalin nanti
Persediaan bersalin semasa trimester ketiga
Sangat penting untuk membuat perancangan rapi dan melakukan persediaan awal bagi memastikan proses bersalin lebih mudah dan lancar.
Pastikan Ibu dan pasangan dah hadiri kelas pranata untuk belajar tips dan Teknik bersalin,
Membeli pakaian, lampin dan segala barang keperluan bayi
Barangan Baby dan ibu untuk dibawa ke hospital juga sudah tersedia rapi dan mudah dicapai pada waktu kecemasan
Bincang Perancangan Bersalin
Waktu ni, perlu bincang dengan doctor
Hospital mana nak bersalin
Nak balik kampung untuk bersalin
Ada perancangan untuk ambil epidural ke sebagai ubat tahan sakit
Kenal pasti Tanda – Tanda Ingin Melahirkan
Terutaman bagi first time parent, Apa Ibu Perlu Tahu Bila Dah Dekat Nak Bersalin?
Jom kenali beberapa tanda yang mungkin berlaku bila waktu bersalin semakin dekat:
1. Perut terasa menurun
Perasan tak perut makin “jatuh” ke bawah? Ini dipanggil lightening – baby dah mula turun ke kawasan pelvis. Ibu mungkin rasa lebih mudah bernafas (lega sikit dada), tapi… makin kerap ke tandas lah jawabnya!
2. Keluar lendiran berdarah
Kadang-kadang, keluar lendir yang agak tebal, jernih, merah jambu atau bercampur darah. Ini dipanggil ‘show’ – tanda awal serviks mula terbuka. Jangan risau, ini normal ya.
3. Kontraksi palsu (Braxton Hicks)
Ibu rasa perut mengeras tiba-tiba? Tapi tak sakit sangat? Tu tandanya kontraksi palsu. Tak teratur, cepat reda, dan tak makin kuat. Tapi kalau makin kerap dan makin sakit… mungkin dah betul-betul nak bersalin!
4. Air ketuban pecah
Tak semua ibu akan alami “pancutan” air macam dalam drama TV. Kadang keluar sikit-sikit. Kalau air ketuban pecah, terus ke hospital ya
5. Perubahan pada serviks
Serviks mula menipis dan terbuka untuk laluan baby keluar. Biasanya doktor akan periksa masa check-up.
Bagaimana rasa kontraksi yang sebenar tu?
Ibu akan rasa perut mengeras, sakit semakin kuat dan kerap. Mula-mula rasa mengeras jaraknya dalam 30minit sekali, kemudian lebih kerap setiap 15minit. Kalau sakit ni datang dan pergi setiap 15 minit dan rasa dia lebih “deep” dari senggugut biasa., bila makin kerap dan makin sakit – itulah kontraksi sebenar.
Apa nak buat bila tanda bersalin dah muncul?
- Banyakkan bergerak atau berjalan perlahan-lahan
- Minum air untuk tenaga & elak dehidrasi
- Boleh makan snek ringan seperti kurma untuk bekalan tenaga
- Latihan pernafasan bantu hadapi sakit kontraksi
- Pasangan boleh bantu urut belakang ibu untuk legakan rasa tegang
- Mandi air suam untuk bantu relaks dan tenangkan badan
Bersalin adalah satu detik besar dan bermakna. Tak perlu panik, cuma perlu bersedia. Dengar badan sendiri, dan percaya pada naluri ibu – sebab ibu tahu yang terbaik.
Kalau ibu rasa was-was, terus ke klinik atau hospital untuk pemeriksaan, ya.
Soalan yang ibu wajib tanya kepada doctor setiap kali temujanji
Trimester Pertama (0–13 minggu) – Permulaan perjalanan kehamilan
“Adakah perkembangan baby saya normal?”
Boleh tanya tentang saiz janin, degupan jantung dan kedudukan kantung kehamilan.
“Apa tanda bahaya awal kehamilan yang saya perlu tahu?”
Seperti pendarahan, sakit perut teruk atau loya berlebihan.
“Bolehkah saya teruskan kerja & rutin harian saya?”
Terutamanya kalau kerja lasak, berdiri lama, atau ada tekanan kerja.
“Perlu ke ambil vitamin atau ubat tambahan?”
Doktor boleh cadangkan suplemen seperti asid folik & zat besi. Boleh rujuk di sini untuk lihat kupasan mengapa perlu mengambil vitamin atau supplemen.
“Bila boleh mula buat NT Scan?”
Scan ini penting untuk kesan risiko kromosom awal.
Trimester Kedua (14–26 minggu) – Fasa selesa & pertumbuhan aktif
“Baby saya berkembang dengan sihat tak?”
Boleh tanya tentang panjang bayi, berat, dan pergerakan awal.
“Apa yang perlu saya makan untuk bantu perkembangan baby?”
Minta cadangan makanan tinggi zat besi, kalsium & protein.
“Perlu buat Detail Scan bila ya?”
Untuk periksa organ dalaman bayi – sangat penting antara minggu 18–24.
“Macam mana nak atasi ketidakselesaan seperti kejang kaki atau sembelit?”
Doktor boleh beri tips & rawatan ringan.
“Ada ujian darah atau air kencing perlu buat kali ni?”
Setiap temujanji ada ujian tertentu – ibu boleh tanya awal.
Trimester Ketiga (27–40 minggu) – Bersedia untuk kelahiran
“Baby saya dalam kedudukan yang betul ke untuk bersalin?”
Tanya bila baby akan ‘engaged’ atau masuk ke ruang pelvis.
“Apa tanda-tanda awal bersalin yang saya kena tahu?”
Termasuk kontraksi sebenar, keluar lendir darah atau air ketuban pecah.
“Macam mana nak kurangkan sakit belakang dan susah tidur?”
Doktor boleh cadang senaman ringan, posisi tidur yang selesa & teknik relaksasi.
“Bila masa sesuai untuk datang ke hospital nanti?”
Doktor akan terangkan bila perlu terus ke hospital bila ada tanda bersalin.
“Perlukah saya buat scan atau CTG sebelum bersalin?”
Untuk pantau degupan jantung bayi & pergerakan bila kandungan dah matang.
Bawa buku nota atau rekod kesihatan ibu mengandung, tulis siap-siap soalan supaya tak lupa masa jumpa doctor. Dan jangan malu bertanya – setiap kehamilan itu unik dan ibu berhak tahu keadaan baby dan diri sendiri. Jika anda mahu mendapatkan khidmat nasihat tentang panduan pemeriksaan ibu mengandung, boleh terus hubungi kami Klinik Wanita Ibu Mengandung di Nilai dengan klik di sini.