Dalam artikel ni kami akan huraikan secara lengkap dan mudah faham, langkah demi langkah prosedur antenatal check-up, termasuk tips berguna yang bakal bantu mama buat persediaan terbaik sepanjang kehamilan.

Apa Itu Antenatal Check-Up?
Antenatal check-up merujuk kepada pemeriksaan berkala yang dijalankan sepanjang kehamilan yang perlu dilakukan sebaik sahaja disahkan hamil .
Tujuannya Antenatal Check-Up adalah untuk:
- Memantau kesihatan ibu dan bayi
- Kesan awal sebarang komplikasi
- Beri rawatan & nasihat mengikut keadaan ibu hamil
- Pastikan kelahiran berlaku dalam keadaan selamat
Semua ibu mengandung sama ada kehamilan pertama atau seterusnya — disarankan untuk jalani antenatal check-up secara konsisten mengikut jadual yang ditetapkan. Bukan saja kesihatan fizikal yang dipantau, malah kesejahteraan emosi dan mental ibu juga diberi perhatian sepanjang proses ini. Check-up ini akan dijalankan oleh petugas kesihatan yang terlatih di klinik bagi memantau dan menilai keadaan kandungan serta kesihatan keseluruhan ibu hamil. Selepas penilaian dibuat, petugas kesihatan akan memberikan nasihat, mencadangkan program penjagaan pranatal yang sesuai, serta merancang rawatan berdasarkan keperluan ibu dan bayi dalam kandungan.
Bukan sekadar fokus pada kesihatan fizikal kandungan, keperluan perubatan dan emosi ibu juga turut diberi perhatian. Kehadiran secara berkala ke sesi antenatal check-up juga membina hubungan baik antara ibu dan kakitangan kesihatan — ini sangat membantu bagi memastikan proses kelahiran nanti berjalan dengan lebih lancar. Sebab itu penting untuk hadir ke setiap temujanji yang dijadualkan, demi kesihatan dan keselamatan ibu dan bayi sepanjang kehamilan.
Berapa Kali Perlu Buat Antenatal Check-up?
Bagi wanita yang hamil, anda perlu melakukan antenatal check-up di klinik kesihatan bagi menilai tahap kesihatan anda dan memastikan tiada masalah berlaku ketika tempoh kehamilan.
Namun begitu, masih ramai lagi wanita mengandung yang terlupa atau memandang remeh untuk dapatkan check-up ini. Ini mungkin kerana mereka tidak tahu kenapa check-up ini penting.

Dengan antenatal check-up ini, anda akan dapat tahu jika kandungan anda membesar dengan sihat atau tidak, serta jika terdapat apa-apa komplikasi yang perlu diperhatikan. Di dalam artikel ini, kami akan terangkan kepada anda tentang apa itu antenatal check-up ini, lawatan check-up serta di mana anda boleh dapatkan check-up antenatal.
Persoalan bila boleh buka buku pink pastinya antara yang sering bermain di fikiran wanita yang pertama kali bergelar ibu, betul tak?
Buku pink atau nama rasminya Rekod Kesihatan Ibu, adalah dokumen penting yang akan digunakan sepanjang kehamilan. Semua maklumat berkaitan kehamilan, keputusan ujian, tarikh temujanji dan perkembangan kandungan akan dicatatkan dalam buku ini.
Buku pink ni sangat penting sebab:
🔹 Rujukan utama untuk semua petugas kesihatan
🔹 Memudahkan rawatan sekiranya berlaku kecemasan
🔹 Boleh kesan awal risiko atau komplikasi seperti anemia, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain
Seorang wanita yang sedang hamil memerlukan pengawasan, pemeriksaan rapi dan berterusan bagi memastikan mereka sentiasa berada pada tahap kesihatan yang baik. Ini kerana mereka akan banyak melalui perubahan pada badan serta fisiologi mereka.
Bukan sekadar itu sahaja, dalam masa yang sama kesihatan bayi dalam kandungan juga akan diperiksa sepanjang kehamilan tau!
Buku pink ni macam IC kedua para ibu semasa mengandung. Jadi, wajib bawak ke mana-mana Sahaja tau !
Persoalannya, Bila Masa Terbaik Untuk Buka Buku Pink?
Seeloknya buka buku pink seawal mungkin, sebaik saja keputusan UPT (urine pregnancy test) positif dan kehamilan disahkan oleh doktor. Biasanya ibu disarankan untuk membuka buku pink:
- Sebelum kandungan mencecah 12 minggu
- Lebih awal lebih baik supaya pemeriksaan awal dan ujian makmal boleh dijalankan
- Jika lewat buka, ibu akan dikategorikan sebagai late booking, dan mungkin terlepas ujian penting
Apa Yang Perlu Disediakan Sebelum Pergi Ke Klinik?
Ni beberapa perkara penting :
- Catat Tarikh Last period (LMP)
Mesti akan ditanya soalan ni, sebab doctor dan nurse nak kira usia kandungan.
- Bawa Dokumen Penting
Kad pengenalan dan rekod Kesihatan lampau. Kalau ada Sejarah penyakit atau pernah keguguran, maklumkan kepada doctor ya?
- Datang dengan Pasangan ( Kalau Boleh)
Pasangan bole beri sokongan moral, juga bole denga nasihat dan info penting yang doctor sampaikan
Bila boleh buka buku pink: Pemeriksaan pertama
Lawatan pertama ketika antenatal check-up anda adalah lawatan tempah atau lawatan ‘booking’ yang dilakukan sebaik sahaja anda disahkan hamil. Lawatan ni akan ambil masa sedikit panjang sebab banyak pemeriksaan yang perlu dibuat. Lawatan ini sangat penting bagi mengenal pasti sebarang komplikasi kesihatan yang anda mungkin ada. Ia juga adalah supaya petugas kesihatan boleh melakukan saringan faktor-faktor risiko yang mungkin dialami sepanjang tempoh kehamilan anda. Sesi temuduga akan dilakukan ketika lawatan tempah ini di mana jururawat akan bertanya anda tentang:
- Perihal pusingan haid anda.
- Sejarah peribadi.
- Sejarah keluarga.
- Sejarah perubatan dan pembedahan.
- Sejarah kandungan lampau (jika ada).
- Latar belakang ekonomi dan sosial anda.
Selain dari temuduga, pemeriksaan fizikal dan ujian di makmal juga akan dilakukan.
Mengukur tinggi, berat dan tekanan darah
Jururawat akan mengukur tinggi dan berat dan ukur tekanan darah. Berat badan penting untuk pantau sepanjang kehamilan ya, tekanan darah juga untuk kita Kesan awal maslaah darah tinggi semasa hamil

Ujian air kencing
Ujian ini perlu dilakukan bagi memeriksa kandungan protein dan gula dalam air kencing. Bole detect masalah Kesihatan seperti kencing manis semasa mengandung
Ujian darah ‘booking’
Cek Kumpulan Darah dan Rhesus Faktor : Penintg untuk mengesan rhesus ibu, aka nada konflik rhesus antara ibu dan bayi
Hemoglobin (Hb) : Untuk pastikan tak de anemia. Sangat kerap berlaku ibu hamil ada anemia ya!
Ujian HIV, Hepatitis B & C, dan Sifilis : Untuk Kesan jangkitan awal yang bole membahayakan baby
Gula dalam darah : Bole Kesan risiko diabetes gestasi ( kencing manis semasa hamil)
Ultrasound Pertama
Ni bahagian paling dinanti!
- Doktor akan scan kandungan untuk sahkan kedudukan dan perkembangan awal janin
- Boleh nampak degupan jantung baby seawal minggu ke-6
- Tentukan tarikh jangkaan bersalin (EDD) berdasarkan saiz janin atau LMP
Suplemen & Vitamin
Ibu akan dibekalkan dengan asid folik, penting untuk elak kecacatan tiub saraf.
Zat besi (ferrous fumarate) pula membantu elak anemia sepanjang kehamilan
Manakala Vitamin B kompleks dan C sangat bantu penyerapan zat besi dan menguatkan imunisasi badan.
Tarikh Temujanji Seterusnya
Selepas semua selesai, ibu akan diberi jadual lawatan susulan. Semua rekod akan dimasukkan dalam buku pink.
2. Lawatan Susulan Antenatal
Lawatan susulan antenatal ini pula adalah untuk memantau dan menilai tahap kesihatan sepanjang trimester ke-2 dan ke 3
Antara aktiviti yang akan dilakukan semasa lawatan susulan antenatal check-up ini adalah seperti:
- Rekod berat badan & tekanan darah
- Ujian air kencing (gula & protein)
- Ukuran ketinggian rahim – untuk pantau tumbesaran baby
- Denyutan jantung bayi
- Kedudukan bayi (lepas minggu ke-32)
- Suntikan imunisasi (contohnya TT – Tetanus Toxoid)
- Ujian darah susulan jika perlu
- Ujian OGTT (air gula) – biasanya minggu ke-24 hingga 28 jika berisiko
Ujian OGTT – Ujian Air Gula
Kalau ibu ada sejarah kencing manis dalam keluarga, berat badan berlebihan, atau kehamilan sebelum ni ada komplikasi, doktor akan minta ibu buat ujian toleransi glukosa oral (OGTT).
Prosedur:
- Puasa malam sebelum ujian
- Ambil darah puasa
- Minum air gula (sekarang dah ada perisa!)
- Ambil darah kedua 2 jam selepas itu
Jadual Kekerapan Lawatan Antenatal
Bagi memastikan tempoh kehamilan yang selamat dan lancar, antenatal check-up ini perlu dilakukan secara berkala.
Lawatan antenatal check-up yang biasa dicadangkan adalah seperti berikut:
- Sebelum 28 minggu hamil – sebulan sekali sahaja
- 28 – 35 minggu hamil – setiap 2 minggu sekali
- 36 minggu dan ke atas hamil – setiap minggu
Lawatan ke rumah anda oleh petugas kesihatan juga akan dilakukan bergantung kepada keperluan anda.
Oleh itu, pastikan anda mengikut jadual lawatan yang ditetapkan untuk anda bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku sepanjang tempoh kehamilan anda. Kesimpulannya, antenatal check-up ini sangat penting untuk wanita yang hamil bagi memastikan tiada sebarang komplikasi berlaku ketika tempoh kehamilan mereka. Jika anda ingin melakukan antenatal check-up, dapatkan check-up anda di Poliklinik Raudhah Raisha Nilai !
Poliklinik Raudhah Raisha Nilai ada menyediakan lawatan antenatal check-up untuk mana-mana wanita yang hamil serta pelbagai rawatan kesihatan yang lain Di Poliklinik Raudhah Raisha Nilai, kami menyediakan:
- Pemeriksaan antenatal menyeluruh
- Ujian darah, air kencing dan scan baby
- Suplemen kehamilan
- Konsultasi mesra dan peribadi dengan doktor wanita
- adual fleksibel & suasana yang selesa untuk ibu
Kami faham yang setiap kehamilan itu unik dan setiap ibu perlukan perhatian yang berbeza. Datanglah berjumpa doktor kami untuk rundingan awal.