Adakah Pemeriksaan Fourth Trimester Penting Untuk Semua Ibu Selepas Bersalin?

Trimester keempat (Fourth trimester) merujuk kepada 6–12 minggu pertama selepas bersalin, iaitu tempoh di mana tubuh ibu masih menjalani:

  • Pemulihan fizikal dalaman

  • Perubahan hormon aktif

  • Ketidaktentuan emosi

  • Penyusuan yang belum stabil

Fasa ini sering terlepas pandang, tetapi ia kritikal untuk kesihatan ibu dan bayi, sama penting dengan pemeriksaan semasa mengandung.

Adakah Postnatal Care Penting Untuk Semua Ibu Bersalin?

Ya. Pemeriksaan postnatal membantu mengesan masalah biasa yang dialami ibu seperti:

🔸 Ketidakseimbangan Hormon

Contohnya haid tidak teratur, pendarahan luar biasa atau sakit pelvis. AI ultrasound kini membantu mengesan perubahan rahim lebih awal (Moro et al., 2025).

🔸 Masalah Penyusuan

Ramai ibu berhenti menyusu kerana:

  • Sakit atau bengkak

  • Risau susu tak cukup

  • Mastitis

Ini bukan masalah biasa yang perlu “dibiarkan”, kerana ia boleh membawa kepada PPD (Shen et al., 2023).

🔸 Risiko Kemurungan Selepas Bersalin

Emosi yang tidak stabil, rasa sedih tanpa sebab, atau hilang minat adalah tanda PPD  dan ramai ibu mengalaminya tanpa sedar.

🔸 Masalah Otot Lantai Pelvis

Jika anda mengalami kebocoran air kencing bila bersin atau batuk, itulah tanda otot pelvis lemah dan memerlukan saringan profesional.

Bagaimana Ultrasound Membantu Selepas Bersalin?

Ultrasound pasca bersalin dapat mengesan:

  • Sisa uri tertinggal

  • Cyst, fibroid baru muncul

  • Punca pendarahan luar biasa

  • Masalah penyembuhan rahim

Adakah Sokongan Penyusuan Penting?

Ya. Kajian (Dayan et al., 2023) membuktikan sokongan penyusuan meningkatkan kesihatan jantung ibu , bukan sekadar bantu anak membesar.

Apa Yang Termasuk Dalam Pemeriksaan Postnatal di Poliklinik Raudhah Raisha, Klinik Nilai?

Kami menyediakan pemeriksaan menyeluruh termasuk:

  • Pemeriksaan pemulihan fizikal

  • Ultrasound (jika perlu)

  • Pemeriksaan otot lantai pelvis

  • Sokongan PPD & emosi

  • Sokongan breastfeeding

  • Kaunseling perancang keluarga

  • Semakan status vaksin


Rumusan

Jika anda pernah hampir berputus asa untuk menyusu, mengalami sakit atau emosi terganggu selepas bersalin, inilah masanya untuk ambil peduli mengenai pemeriksaan postnatal.
Kesihatan ibu sama penting dengan kesihatan bayi ,pelihara kedua-duanya dengan ilmu dan tindakan yang tepat.

DAPATKAN PEMERIKSAAN POSTNATAL DI POLIKLINIK RAUDHAH RAISHA NILAI

postnatal-care-ibu-bersalin

Datang bila-bila masa antara 2–6 minggu selepas bersalin

Nasihat profesional, pemeriksaan lengkap & sokongan menyeluruh untuk ibu menyusu.

Klik untuk temujanji :

WhatsApp: https://wa.me/+60167558761

Hubungi kami : +60 16-755 8761‬

Maklumat Klinik :

Poliklinik Raudhah Raisha Nilai
G-02, Jalan Perniagaan Laman Gala,
Pusat Perniagaan Laman Gallà,
71800 Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

Waktu Operasi
Isnin – Sabtu : 9am – 9pm
Ahad : Tutup

Email: poliklinikraudhahraishanilai@gmail.com

Ikuti kami di media sosial untuk info kesihatan & promosi:

Instagram : poliklinikraudhahraishanilai

Rujukan :

  • Moro, F., Giudice, M. T., Ciancia, M., Zace, D., Baldassari, G., Vagni, M., … & Testa, A. C. (2025). Application of artificial intelligence to ultrasound imaging for benign gynecological disorders: systematic review. Ultrasound in Obstetrics & Gynecology, 65(3), 295-302.
  • Huo, T., Li, L., Chen, X., Wang, Z., Zhang, X., Liu, S., … & Deng, K. (2023). Artificial intelligence-aided method to detect uterine fibroids in ultrasound images: a retrospective study. Scientific Reports, 13(1), 3714.
  • Leonforte, F., Fiorilla, C., Giorgianni, G., Nicosia, V., Contarino, F., Genovese, C., … & Mistretta, A. (2025). Influenza Vaccination Appropriateness: Insights from the Local Health Unit of Catania During the 2023/2024 and 2024/2025 Seasons. Vaccines, 13(9), 925.
  • Shen, F., Zhou, X., Guo, F., Fan, K., Zhou, Y., Xia, J., … & Liu, Z. (2023). Increased risk of postpartum depression in women with lactational mastitis: a cross-sectional study. Frontiers in Psychiatry, 14. https://doi.org/10.3389/fpsyt.2023.1229678
  • Dayan, N., Smith, G., Nedelchev, A., Abenhaim, H., Brown, R., Costa, D., … & Semenic, S. (2023). Study protocol for the shematters study (improving cardiovascular health in new mothers): a randomized behavioral trial assessing the effect of a self-efficacy enhancing breastfeeding intervention on postpartum blood pressure and breastfeeding continuation in women with hypertensive disorders of pregnancy. BMC Pregnancy and Childbirth, 23(1). https://doi.org/10.1186/s12884-022-05325-3
  • Boulet, S., Stanhope, K., DeSantis, C., Goebel, A., Dolak, J., Eze, O., … & Jamieson, D. (2023). A descriptive study of maternal vaccination uptake, attitudes, and beliefs in pregnancy among persons delivering at an urban safety net hospital. Women S Health Reports, 4(1), 288-297. https://doi.org/10.1089/whr.2023.0032

 

Artikel ditulis oleh:
doktor-klinik-detail-scan-baby-nilai

Dr. Norul Asyiqin

MBBS, Jordan University of Science and Technology

Dr. Norul Asyiqin ialah doktor perubatan bertauliah (MBBS, Jordan University of Science and Technology) yang berpengalaman mengurus kes perubatan keluarga, antenatal, postnatal dan kesihatan kanak‑kanak, serta komited menyampaikan maklumat kesihatan yang mudah difahami untuk orang ramai.

Table of Contents

Bayi kelihatan kuning? Jangan agak-agak, buat jaundice screening hari ini.

Saringan jaundice awal boleh bantu ibu ayah bertindak cepat dan lebih tenang selepas bayi pulang ke rumah.

Jom Whatsap Kami Sekarang!

Isikan borang di bawah untuk terus ke Whatsapp kami. Kami akan membalas anda ASAP.