Panduan Lengkap Buka Buku Pink di Klinik Nilai & Senawang
Kehamilan adalah perjalanan sangat bermakna yang perlukan support system secara holistik, termasuk emosi si ibu. Di Poliklinik Raudhah Raisha, Doktor Wanita kami sangat memahami anda.
Ada Apa Dalam 'Buku Pink' ?
- Keputusan jenis darah
- Rekod tekanan darah
- Rekod gula dalam darah
- Sejarah penyakit, ubat & rawatan
- Rekod alahan
- Tahap risiko kehamilan
Kenapa Kena Buka Buku Pink?
Sepanjang kehamilan, akan berlaku perubahan fisiologi (physiological changes) pada si ibu dan tumbesaran janin (fetal development) yang perlu diberi perhatian supaya dapat buat pengesanan awal.
Mengikut Canadian Journal of General Internal Medicine, antara perubahan fisiologi pada si ibu adalah;
Jumlah Darah Bertambah
Isi padu cecair darah (plasma) meningkat 50% yang menyebabkan hemoglobin (Hb) menurun (anemia). Sebab itu biasanya doktor akan beri asid folik dan zat besi tambahan.
Jantung Bekerja Lebih Keras
Jantung perlu mengepam ~40% lebih banyak untuk hantar oksigen dan zat kepada bayi. Pemerhatian rapi perlu diberikan kepada si ibu yang ada sakit jantung/darah tinggi.
Gula Dalam Darah Meningkat
Hormon yang dirembeskan oleh uri (placenta) menyebabkan lebihan gula dalam darah (gestational diabetes). Perhatian lebih perlu diberikan kepada ibu yang ada kencing manis.
Dan ada beberapa lagi physiological changes yang berlaku pada si ibu hamil.
Selain itu, proses buka buku pink juga akan melibatkan scan baby dimana doktor akan buat screening untuk memastikan kandungan berada di dalam rahim, mengesahkan degupan jantung bayi, menentukan usia kandungan dengan lebih tepat serta menilai sama ada kehamilan berisiko atau tidak.
Bilakah Waktu Terbaik Untuk Buka Buku Pink?
Mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia, ibu hamil disarankan untuk daftar kehamilan mereka sebelum usia minggu ke-12 kehamilan.
Lebih awal lebih bagus, iaitu sejurus selepas pengesahan kehamilan positif supaya boleh kenalpasti perkembangan bayi melalui scan baby.
Kebaikan Buka Buku Pink Awal
Membuka Buku Pink lebih awal membantu mengesan masalah berpotensi seperti:
-
Pemantauan Kesihatan:
Saringan awal membantu memantau risiko seperti tekanan darah atau paras gula dalam darah. -
Saranan Nutrisi:
Dapatkan khidmat nasihat profesional mengenai pemakanan dan sokongan kesihatan yang diperlukan mengikut fasa kehamilan. -
Jadual Teratur:
Membantu anda menguruskan janji temu berkala dengan doktor secara efisien.
Apa Beza Buka Buku Pink di Klinik Kerajaan dan Swasta?
Buka Buku Pink di Klinik Kerajaan
- Bayaran biasanya PERCUMA untuk perkhidmatan asas.
- Namun, anda mungkin perlu menunggu lebih lama kerana klinik kesihatan ini sering menerima jumlah pesakit yang tinggi.
- Janji temu dijadualkan pada waktu tetap, dan konsultasi sering singkat kerana doktor mempunyai ramai pesakit untuk dilihat.
- Kemudahan adalah sederhana, dan suasananya boleh terasa sibuk atau sesak.
Buka Buku Pink di Klinik Swasta
- Di klinik swasta, anda perlu membayar untuk perkhidmatan ikut harga pakej yang disediakan.
- Tetapi masa menunggu biasanya lebih singkat.
- Lebih mudah mencari jadual yang sesuai dan fleksibel untuk anda
- Doktor sering meluangkan lebih masa dengan setiap pesakit.
- Klinik biasanya lebih selesa, tenang, dan tidak sesak.
Klinik Nilai Ada Yang Tawarkan Khidmat Ini?
Ya, Poliklinik Raudhah Raisha di Nilai & Senawang ada sediakan khidmat antenatal care. Ikuti langkah berikut untuk dapatkan khidmat doktor wanita kami:
-
Hubungi Kami:
Tempah janji temu mengikut kesesuaian masa anda. -
Sediakan Dokumen:
Bawa Kad Pengenalan dan rekod kesihatan terdahulu (jika ada). -
Pemeriksaan Awal:
Jalani saringan kesihatan asas termasuk tekanan darah, pemeriksaan air kencing, dan imbasan ultrasound oleh doktor wanita kami. -
Konsultasi Profesional:
Doktor akan mengisi dan menerangkan maklumat dalam Buku Pink anda.
Kenapa Poliklinik Raudhah Raisha Jadi Pilihan Mommies Sekitar Klinik Nilai?
Posted on Google faka rudinTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Klinik ni mantapPosted on Google Lala LalaTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Alhamdulillah... Found out about the clinic from Google with high rating. And, it's totally worth it. 1. Suasana klinik sangatlah selesa, bahkan ruangan menunggu ibarat ruang tamu di rumah. 2. Doktor dan staff klinik sangat mesra dan membantu. 3. Semua persoalan berkaitan kehamilan diterang jelas oleh doktor. 4. Sesi konsultansi sangat jelas dan menyenangkan. 5. Harga berpatutan dengan perkhidmatan dan bekalan ubat yang diberikan.Posted on Google P AnisahTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Just did NT Scan yesterday. Boleh walk in je utk scan ni tak perlu book kebetulan. Layanan terbaik daripada staf dan juga Doktor. Harga kat sini RM90 je then dpt juga softcopy daripada klinik ni. Paling best dapat juga mcm video 3D tu.. Recommended.Posted on Google UZMA KARMILATrustindex verifies that the original source of the review is Google. Buat detail scan + 5d dekat sini . Penerangan doktor tersangat jelas . Layanan yang baik 👍🏼 goodjobPosted on Google Syakir Syakir nasaruddinTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Friendly,professional and helpful. I highly recommend 👍🏻Posted on Google azwani ahmadTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Doktor yg peramah, tempat menunggu yg selasa.Posted on Google Ariff MikhaTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Alhamdulillah.. klinik yg sgt mesra kanak2.. doc pun ramah dn byk pengalamn yg doc kongsikan.. yg paling best scan 2D pun jelas dn terang.. memuaskan..Posted on Google Harith DanielTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Saya bawa isteri untuk buat NT Scan di sini. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar. Terima kasih buat staff dan dokter. InsyaAllah nanti nak tengok jantina dan scan 5d saya akan buat di sini juga. Tentuan dan pempuan jemput la datang ke sini.Posted on Google Liana IzzahTrustindex verifies that the original source of the review is Google. Doctor dan staff sangat peramah dan mesra
Dan suasana klinik yang selesa!
Jom Buka Buku Pink di Klinik Nilai, Poliklinik Raudhah Raisha
-
Doktor Wanita Berpengalaman
Pendekatan lembut dan penyayang untuk ibu. Doktor Norul Asyikin juga adalah doktor berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia -
Klinik Selesa & Privacy
Setiap ibu akan mendapat rawatan dengan terperinci dan secara peribadi. -
Teknologi Ultrasound Canggih
Imej yang jelas dan tepat setiap masa. -
Penjagaan Peribadi
Setiap perjalanan kehamilan adalah unik, begitu juga sokongan kami untuk anda.
