Bahaya Ke Pakai Panty Liner Setiap Hari? Ini Penjelasan Doktor

“Doktor, boleh ke pakai panty liner hari-hari?”

Inilah soalan yang kerap saya terima di klinik setiap kali ladies datang untuk buat pemeriksaan rutin wanita.

Mari sini saya nak kongsikan fakta yang sebenar.

Bukan sekadar “boleh” atau “tidak boleh”, tetapi apa yang sebenarnya berlaku pada badan anda apabila panty liner dipakai setiap hari, dan bila ia mula menjadi risiko.

panty-liner-punca-keputihan-tidak-normal

Keputihan itu normal

Faraj adalah organ yang memang sepatutnya lembap secara semulajadi.

Inilah perkara pertama yang saya selalu terangkan kepada pesakit:

Keputihan (discharge) adalah mekanisma self-cleansing badan anda sendiri untuk membersihkan bakteria dan sel mati tanpa bantuan luar. Jadi ia normal dan bukan perkara yang membahayakan.

Ia tidak memerlukan pantyliner untuk “mengawal” keadaan ini setiap hari.

Kenapa ramai wanita pilih untuk pakai panty liner setiap hari?

Bila saya tanya pesakit kenapa mereka pakai pantyliner setiap hari, dua jawapan paling kerap saya dengar:

  1. Senang untuk solat. Jadi tidak perlu tukar seluar dalam bila nak solat.
  2. Tidak mahu seluar dalam terasa basah atau kotor sepanjang hari.

Dear ladies, saya faham sangat awak.

Saya pun perempuan.

Tetapi sebagai doktor, saya nak anda tahu apa side effect bila tabiat ni jadi kebiasaan untuk jangka masa yang panjang.

Apa yang berlaku bila panty liner dipakai hari-hari?

Berdasarkan pengalaman saya merawat pesakit, pemakaian pantyliner setiap hari tanpa henti memerangkap lebih banyak kelembapan berbanding apa yang faraj sekadar perlukan.

Ingat tadi saya cakap yang faraj memang perlukan kelembapan secara natural?

Tapi bila terlebih lembap, ini boleh membawa kepada:

  • Faraj menjadi kurang “bernafas.”
  • Peningkatan risiko jangkitan miss v (vaginal infection).
  • Kulit di kawasan miss v menjadi lebih sensitif.
  • Ruam (rashes) yang mudah timbul.

Ironinya, tabiat yang bertujuan untuk rasa lebih bersih ini pula boleh menjadi punca masalah baru yang lain.

Cadangan untuk jaga kebersihan miss v

Saya tidak minta anda berhenti terus daripada menggunakan pantyliner.

Tidak.

Cadangan saya ni adalah lebih kepada cara penggunaan yang betul:

  • Pakai hanya bila perlu, bukan sebagai tabiat harian.
  • Jika anda memakainya, tukar setiap 3 jam.
  • Pilih bahan yang breathable (mudah bernafas).
  • Elakkan jenis herba atau ada pewangi.

Bila perlu jumpa doktor untuk masalah keputihan?

Jika keputihan anda;

  • berubah warna,
  • berbau lain dari kebiasaan atau
  • ada rasa gatal dan tidak selesa yang berterusan,

ini adalah signal yang anda kena jumpa doktor secepat yang mungkin.

Tukar jenis panty liner tidak akan selesaikan masalah, malah akan jadi lebih teruk.

Selain jumpa doktor, anda juga boleh mulakan inisiatif sendiri dengan ubah kaedah guna panty liner tu.

Ya, pada awalnya memang tidak selesa.

Maklumlah dah terbiasa guna panty liner setiap hari bertahun-tahun.

Tapi percayalah, keputihan tidak normal tu akan beransur pulih sikit demi sikit bila anda dah kurangkan penggunaan pantyliner.

Bagi masa untuk badan anda adjust dan kembali normal seperti biasa.

Soalan Lazim Tentang Keputihan & Panty Liner

1. Adakah pantyliner boleh menyebabkan keputihan tidak normal?

Pemakaian sekali-sekala biasanya tidak menjadi isu. Tetapi pemakaian setiap hari tanpa henti boleh memerangkap kelembapan berlebihan dan meningkatkan risiko jangkitan yang membawa kepada keputihan tidak normal.

2. Berapa kerap saya patut tukar pantyliner?

Saya cadangkan tukar setiap 3 jam jika anda memang perlu memakainya.

3. Jenis pantyliner apa yang perlu saya elakkan?

Elakkan jenis herba atau yang mengandungi pewangi, kerana ia lebih berisiko mengiritasi kulit sensitif di kawasan tersebut.

4. Keputihan jenis apa yang perlu saya risaukan?

Sebarang perubahan warna, bau, atau rasa gatal/tidak selesa yang berterusan adalah tanda untuk anda berjumpa doktor, bukan sekadar menukar jenis pantyliner.

5. Adakah masalah keputihan ini berkaitan dengan pap smear?

Kedua-duanya adalah perkara yang berbeza.

Keputihan tidak normal = jangkitan/keseimbangan faraj.

Manakala pap smear = saringan awal untuk mengesan sel tidak normal pada serviks.

Tetapi kedua-duanya sebahagian daripada kesihatan faraj yang perlu anda ambil tahu. Anda boleh ketahui lebih lanjut dan buat temujanji di halaman Pemeriksaan Pap Smear klinik saya dihujung artikel ini.

Kesimpulan daripada saya, pantyliner bukan barang yang berbahaya untuk digunakan. Tak kisahlah awak guna pantiliners jenama apa sekali pun, pantyliner kotex ke, pantyliner libresse ke.

Itu bukan isunya.

Yang saya nak anda ubah adalah tabiat memakainya setiap hari sebab tak sihat, miss v anda tak dapat nak ‘bernafas’ secara natural.

Jika keputihan anda tidak normal atau berterusan, jangan berlengah.

Datang jumpa saya atau ke Poliklinik Raudhah Raisha, klinik Nilai untuk pemeriksaan. Selain itu, ini lah masa yang sesuai untuk anda semak sekali bila kali terakhir anda buat pap smear?

Kesihatan faraj bukan sekadar tentang keputihan harian sahaja.

Tetapi turut merangkumi saringan pencegahan seperti ini. Ketahui lebih lanjut tentang Pemeriksaan Wanita Pap Smear, HPV & Gynae Scan dengan klik disini.

Artikel ditulis oleh:
doktor-klinik-detail-scan-baby-nilai

Dr. Norul Asyiqin

MBBS, Jordan University of Science and Technology

Dr. Norul Asyiqin ialah doktor perubatan bertauliah (MBBS, Jordan University of Science and Technology) yang berpengalaman mengurus kes perubatan keluarga, antenatal, postnatal dan kesihatan kanak‑kanak, serta komited menyampaikan maklumat kesihatan yang mudah difahami untuk orang ramai.

Table of Contents

Bila Kali Terakhir Anda Buat Ujian Pap Smear?

Pap smear adalah saringan awal untuk elak perkara yang tidak diingini pada miss v anda.

Jom Whatsap Kami Sekarang!

Isikan borang di bawah untuk terus ke Whatsapp kami. Kami akan membalas anda ASAP.