Bila Masa Sesuai Buat Scan Baby 3D, 4D & 5D 8K Kandungan? Panduan Lengkap Untuk Ibu Hamil

Setiap ibu hamil pasti teruja nak buat details scan baby sebab menantikan detik melihat wajah si comel yang sedang membesar dalam rahim.

Teknologi perubatan hari ini membolehkan ibu bapa melihat gambaran wajah bayi seawal usia kehamilan 24 minggu, bukan sahaja melalui ultrasound 3D dan 4D, malah kini dengan 5D scan boleh memberikan imej yang lebih realistik.

Tapi persoalannya;

Bila masa yang paling sesuai untuk buat scan ini?

Kenapa tak boleh terlalu awal atau terlalu lewat?

Artikel ini akan terangkan masa terbaik untuk details scan baby 3D, 4D dan 5D Scan , kenapa waktu tersebut paling ideal, dan tip penting untuk dapatkan hasil gambar yang jelas dan memuaskan.

Apa Itu Scan Baby 2D, 3D, 4D dan 5D Scan?

Sebelum kita bincangkan tentang masa yang sesuai, mari kita faham dulu perbezaan antara scan 2D, 3D, 4D dan 5D Scan:


2D Scan

Imej hitam putih yang biasa dilihat semasa check-up biasa.

Gambar berbentuk flat dan digunakan untuk tujuan perubatan seperti ukur saiz bayi, tengok kedudukan bayi, degupan jantung bayi dan sebagainya.

details-scan-baby-ultrasound


3D Scan

Gambar statik berwarna yang menunjukkan bentuk wajah dan anggota badan bayi dalam bentuk tiga dimensi.

klinik-scan-baby-near-me


4D Scan

Sama seperti 3D, tetapi dalam bentuk video secara langsung (real-time).

Ibu bapa boleh lihat bayi tersenyum, menguap, hisap jari atau bergerak-gerak!

klinik-scan-baby-near-me


5D Scan

Teknologi rendering canggih yang menambah pencahayaan dan tona kulit yang lebih realistik pada imej 4D, manakala “8K” merujuk kepada resolusi ultra-tinggi yang menjadikan butiran wajah bayi jauh lebih tajam dan jelas.

Hasilnya, gambar nampak lebih hidup, hampir seperti foto sebenar bayi.

details-scan-baby-5d-scan

Bila Masa Terbaik Buat Details Scan Baby?

Waktu terbaik untuk datang ke klinik scan baby ialah antara minggu ke-24 hingga minggu ke-34 kehamilan.

Ini adalah tempoh yang disarankan, kenapa ya?

1. Bayi Dah Mula ‘Chubby’

Sekitar minggu ke-24, bayi mula membentuk lemak di bawah kulit. Dalam 3D atau 4D scan, bentuk muka akan nampak lebih bulat dan comel. Sebelum minggu ke-24, muka bayi mungkin masih ‘tajam’ dan kurang lemak, menyebabkan gambar kelihatan kurang menarik.

2. Kedudukan Bayi Masih Baik

Sebelum minggu ke-34, kebanyakan bayi masih dalam kedudukan yang belum turun ke pelvis sepenuhnya. Bila kepala bayi dah masuk ke bawah (biasanya selepas minggu ke-34), mungkin susah nak dapatkan gambar wajah bayi dengan jelas.

3. Cecair Ketuban Masih Banyak

Cecair ketuban membantu menghasilkan gambar yang lebih jelas. Pada trimester ketiga, cecair ini akan mula berkurang. Jadi, waktu 24–34 minggu adalah waktu terbaik kerana jumlah cecair masih mencukupi dan memberi ruang pada gelombang ultrasound untuk ‘snap’ imej dengan cantik.

Apa Berlaku Jika Buat Scan Baby Terlalu Awal atau Terlambat?

Jika Buat Sebelum Minggu 24:

Jika dilakukan sebelum usia 24 minggu, bayi masih terlalu kecil dan lemak bawah kulit masih belum terbentuk sepenuhnya. Jadi gambar yang terhasil tak berapa ‘chubby’. Ciri wajah bayi juga belum begitu jelas dan gambar yang diambil mungkin akan nampak seperti rangka sahaja. Jadi saranannya digalakkan untuk lakukan 3d dan 4d scan pada usia 24minggu ke atas.

 Jika Buat Selepas Minggu 34:

Apabila mencapai usia kandungan 34minggu, ruang dalam rahim menjadi lebih sempit dan kecil akibat tumbesaran bayi Ketika itu. Kedudukan bayi yang mula ‘turun’ ke bawah menyebabkan kesukana untuk meliwat wajah dan anggota badan bayi dengan lebih jelas. Ada juga keadaan gambar menjadi kabur dan separuh seperti muka tertutup dengan tangan, atau badan terlalu rapat ke dinding rahim kerana ruangan lebih sempit pada usia kandungan 34minggu ke atas

Adakah Scan Baby 3D/4D/5D Scan Wajib Untuk Semua Ibu Hamil?

Jawapannya: Tidak wajib secara perubatan.

klinik-scan-baby-near-me

Scan ini lebih kepada pilihan ibu bapa untuk melihat dan merakam kenangan wajah bayi dalam kandungan. Namun, dalam sesetengah kes, doktor mungkin menggunakan scan 3D/4D/5D Scan untuk tujuan diagnosis, contohnya:

  • Memeriksa sumbing bibir atau kecacatan muka
  • Masalah struktur anggota badan
  • Masalah organ tertentu seperti jantung atau ginjal

Walau bagaimanapun, untuk keperluan biasa scan ini adalah satu pengalaman istimewa dan mengujakan bagi bakal ibu bapa.

Tips Untuk Dapatkan Gambar 3D/4D Yang Cantik

Nak hasil gambar yang jelas dan comel?

Berikut beberapa tip penting sebelum scan:

1. Banyakkan Minum Air

Semakin dekat dengan hari untuk melakukan imbasan, anda dinasihatkan untuk banyak minum air. Ia dapat membantu menghasilkan kualiti gambar yang jelas.

Minum air akan dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti air ketuban sekali gus memberi ruang yang cukup bagi sesi 3D dan 4D scan yang mengujakan.

2. Makan Sedikit Sebelum Scan

Ambil snek ringan seperti roti, buah atau yogurt sebelum prosedur dijalankan. Ini membantu bayi lebih aktif — senang nak tangkap gambar bila bayi sedang gerak-gerak.

3. Datang Bila Perut Tak Terlalu Penuh

Kalau terlalu kenyang, mungkin kurang selesa tetapi jangan pula lapar sangat ya!

4. Datang Ikut Masa Temujanji

Proses ini biasanya ambil masa 20–40 minit. Pastikan datang ikut masa untuk elakkan bayi tidur atau berada dalam posisi yang tidak sesuai terlalu lama.

Soalan Lazim Tentang Scan 3D/4D/ 5D Scan

Adakah scan ini menyakitkan?

Tidak. Ia sama seperti scan biasa — cuma menggunakan teknologi yang lebih canggih. Ibu hanya perlu baring dan gel digunakan di atas perut.

Adakah scan 5D 8K selamat untuk bayi?

Ya. Ia menggunakan gelombang bunyi, bukan radiasi, dan selamat apabila dilakukan oleh tenaga perubatan terlatih mengikut tempoh dan tujuan yang sesuai.

Berapa kos scan 3D/4D?

Kos berbeza mengikut klinik, tapi biasanya sekitar RM100 – RM250 bergantung kepada pakej (gambar, video, print, dan sebagainya).

Berapa kos scan 5D 8K?

Kos berbeza mengikut klinik dan pakej yang dipilih (gambar, video, print, softcopy). Untuk pakej dan harga terkini di Nilai, WhatsApp terus kepada klinik.

Bolehkah saya simpan gambar dan video scan?

Ya. Kebanyakan klinik menyediakan gambar cetakan dan video dalam bentuk softcopy (USB atau WhatsApp).

Boleh tahu jantina bayi masa scan ini?

Selalunya boleh, jika kedudukan bayi mengizinkan. Namun jantina lebih tepat dilihat melalui imbasan biasa dari sekitar minggu ke-18 ke atas, bergantung pada posisi bayi.

Perlu bawa suami atau ahli keluarga?

Sangat digalakkan. Ini detik yang indah dan emosional — ramai pasangan menitiskan air mata pertama kali melihat wajah anak mereka.

Ramai ibu berkongsi bahawa saat melihat wajah bayi dalam kandungan buat kali pertama adalah pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ada yang tersenyum, ada yang menangis kegembiraan. Ia memberi semangat baru untuk meneruskan kehamilan dengan lebih positif dan bersemangat.

Di Mana Nak Buat Scan Baby?

Jika anda berada di kawasan Nilai, Negeri SembilanPoliklinik Raudhah Raisha Nilai menyediakan perkhidmatan scan 3D/4D/ 5D Scan dengan teknologi moden dan mesra ibu hamil.

  • Dilakukan oleh doktor wanita berpengalaman
  • Gambar dan video disediakan
  • Temujanji mudah — boleh booking melalui WhatsApp
  • Suasana tenang dan selesa untuk ibu & keluarga

Kesimpulan

Scan 3D/4D dan 5D scan bukan sekadar untuk melihat wajah bayi.

Tetapi ia adalah pengalaman istimewa yang membina ikatan emosi antara ibu bapa dan bayi sejak dalam kandungan. Waktu terbaik untuk lakukan scan ini ialah antara minggu ke-24 hingga ke-34 kehamilan, dengan beberapa langkah persediaan yang betul. Jika anda sedang menanti saat itu, jangan lepaskan peluang.

Buat temujanji awal dan nikmatilah detik penuh bermakna ini bersama orang tersayang.

Artikel ditulis oleh:
doktor-klinik-detail-scan-baby-nilai

Dr. Norul Asyiqin

MBBS, Jordan University of Science and Technology

Dr. Norul Asyiqin ialah doktor perubatan bertauliah (MBBS, Jordan University of Science and Technology) yang berpengalaman mengurus kes perubatan keluarga, antenatal, postnatal dan kesihatan kanak‑kanak, serta komited menyampaikan maklumat kesihatan yang mudah difahami untuk orang ramai.

Table of Contents

Mommy Nak Tahu Lebih Lanjut Tentang Detail Scan Baby?

Lihat jenis imbasan, pakej dan apa yang disediakan di klinik scan baby kami di Nilai.

Jom Whatsap Kami Sekarang!

Isikan borang di bawah untuk terus ke Whatsapp kami. Kami akan membalas anda ASAP.