Ujian Pap smear oleh doktor wanita, dalam suasana yang privasi & selesa.

Saringan kanser serviks & HPV di klinik Nilai dan Senawang yang ringkas, hanya beberapa minit. Doktor akan menerangkan setiap langkah dan keputusan anda dengan jelas.

Lihat Pakej & Harga

Ujian Pap smear dariRM95

Doktor wanita menerangkan ujian Pap smear kepada pesakit menggunakan gambar rajah serviks di Poliklinik Raudhah Raisha

Dilakukan oleh doktor wanitadalam bilik yang privasi

“Kanser serviks boleh dirawat jika dikesan pada peringkat awal dan dirawat segera.”
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

1 daripada 154wanita di Malaysia berisiko mendapat kanser serviks sepanjang hayat

47%kes dikesan pada peringkat lewat (tahap 3 dan 4), apabila rawatan lebih sukar

Sumber: Laporan Daftar Kanser Kebangsaan Malaysia (MNCR) 2017–2021, KKM · WHO Cervical cancer fact sheet

Namun doktor faham, ia bukan pemeriksaan yang mudah untuk dimulakan.

Malu atau takut itu biasa, tapi ia tidak patut jadi sebab ujian saringan ditangguhkan. Di Poliklinik Raudhah Raisha, pemeriksaan dilakukan oleh doktor wanita terlatih, dalam bilik yang privasi dan selesa.

  • Doktor wanita sepenuhnya
  • Bilik yang privasi
  • Hanya beberapa minit

Saringan kanser serviks

Apakah ujian Pap smear & HPV?

Ujian Pap smear mengesan perubahan sel serviks lebih awal; ujian HPV mengesan virus HPV berisiko tinggi. Kedua-duanya hanya beberapa minit.

Kakitangan wanita menyediakan peralatan ujian Pap smear di bilik pemeriksaan

Bermula dariRM95

Wanita 21–65 tahun · setiap 3 tahun

Ujian Pap smear

Mengambil sampel kecil sel dari serviks untuk diperiksa di makmal, bagi mengesan perubahan sel yang tidak normal lebih awal.

  • Diperiksa di makmalSampel sel serviks dianalisis di makmal.
  • Keputusan diterangkanDoktor menerangkan keputusan anda dengan jelas.
Doktor wanita menerangkan saringan kanser serviks kepada pesakit menggunakan model rahim

Bermula dariRM200

Wanita 30–65 tahun · setiap 5 tahun

Saringan HPV

Mengesan jenis HPV berisiko tinggi. Boleh dilakukan bersama Pap smear (co-testing) untuk gambaran yang lebih lengkap.

  • Jangkitan yang biasaKebanyakan kes hilang dengan sendiri.
  • HPV 16 & 18Dikaitkan dengan kebanyakan kes kanser serviks.
  • Vaksin HPV tersediaLangkah pencegahan di klinik kami. Ketahui lanjut

Kenapa ujian ini penting?

Saringan berkala bantu doktor kenalpasti gejala lebih awal, sebelum ia menjadi serius.

  1. Sel abnormal pada serviks

    Perubahan sel dikesan lebih awal, sebelum ia berkembang menjadi kanser.Dikesan awal, sebelum menjadi kanser.

  2. Jangkitan HPV

    Jenis Human Papillomavirus berisiko tinggi, punca kebanyakan kes kanser serviks.Jenis berisiko tinggi, punca kebanyakan kanser serviks.

  3. Jangkitan ginekologi lain

    Tanda jangkitan kulat, bakteria atau penyakit kelamin (STI) semasa pemeriksaan.Kulat, bakteria atau penyakit kelamin (STI).

  4. Konsultasi kesihatan wanita

    Bincang isu haid, hormon atau kesuburan. Doktor boleh cadangkan Haid, hormon atau kesuburan. imbasan ginekologi.

Semasa temujanji anda

Proses ujian Pap smear yang
ringkas & jelas

Dari tempahan hingga keputusan, doktor wanita kami menerangkan setiap langkah supaya anda rasa tenang dan yakin.

Doktor wanita yang menjalankan ujian Pap smear di Poliklinik Raudhah Raisha, Nilai

Tempah temujanji andaDoktor wanita, bilik privasi, hanya beberapa minit.

  1. Konsultasi awal

    Doktor wanita kami berbincang tentang sejarah kesihatan anda dan menjawab sebarang soalan.

  2. Ujian Pap smear / HPV

    Dijalankan dalam bilik yang privasi, hanya beberapa minit. Doktor menerangkan setiap langkah.

  3. Penjelasan keputusan

    Doktor menerangkan keputusan anda dengan jelas dan mudah difahami.

  4. Susulan jika perlu

    Jika ada dapatan, doktor berbincang langkah seterusnya, termasuk rujukan yang sesuai.

Harga ujian Pap smear & HPV

Pilih ujian saringan yang sesuai untuk anda

Harga yang jelas, tanpa kejutan. Tekan butang pakej pilihan anda untuk tempah terus melalui WhatsApp.

Ujian Pap smear

RM95

Wanita 21–65 tahun, setiap 3 tahun. Asas saringan kanser serviks.

Tempah melalui WhatsApp (tab baharu)
  • Sampel sel diperiksa di makmal
  • Dilakukan oleh doktor wanita
  • Keputusan diterangkan doktor

Dua ujian · Satu temujanji

Pap smear + HPV

RM269

Wanita 30–65 tahun. Dua ujian serentak untuk gambaran yang lebih lengkap.

Tempah melalui WhatsApp (tab baharu)
  • Ujian Pap smear dan ujian HPV
  • Satu temujanji sahaja
  • Dilakukan oleh doktor wanita
  • Keputusan diterangkan doktor

Ujian HPV sahaja

RM200

Wanita 30–65 tahun, setiap 5 tahun. Mengesan HPV berisiko tinggi.

Tempah melalui WhatsApp (tab baharu)
  • Mengesan HPV berisiko tinggi
  • Dilakukan oleh doktor wanita
  • Keputusan diterangkan doktor

Doktor wanita · Privasi terjaga · Hanya beberapa minit · Nilai & Senawang
Soalan tentang pakej? WhatsApp 016-755 8761

5.0559 ulasan Google

Apa kata pesakit Poliklinik Raudhah Raisha

Pengalaman sebenar pesakit di cawangan Nilai dan Senawang.

Posted on Google Google
Assila Arifin profile picture
Assila Arifin
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Been visiting this clinic since my early pregnancy and have been receiving treatment from the same doctor for almost 2 years now. The best service you could ever ask for, especially for mommies! Dr. Syikin is such a gentle and caring doctor who truly understands her patients. All the staff are also very friendly and welcoming. I highly recommend this clinic for your maternity care! And even after delivery, I managed to lose almost 16kg through the clinic’s weight management programme. Overall, I absolutely love this clinic and Dr. Syikin! 🩷
Posted on Google Google
nur fateha profile picture
nur fateha
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Dr sangat baik,penerangan yang jelas. Klinik yang selesa❤️parking mudah depan klinik.
Posted on Google Google
Siti Amira Ali ahmad profile picture
Siti Amira Ali ahmad
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
dr dia best sgt 👍🏻
Posted on Google Google
Maisarah Zainal Fitri profile picture
Maisarah Zainal Fitri
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Sangat berpuas hati dengan service di Poliklinik Raudhah Raisha Nilai Dah datang klinik ni banyak kali untuk scan baby dan check up pregnancy. Service terbaik daripada doktor dan staff Doctor syiqin sangat friendly, clear explaination sepanjang sesi scan baby. Setiap kali lepas scan baby mesti rasa tenang je. Pregnant mom area Nilai please, come to this clinic
Posted on Google Google
Ruhilda Ahmad profile picture
Ruhilda Ahmad
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Sangat2 berpuas hati buat detail scan + 5D Scan sini. Semua jelas.Explaination clear, doktor sangat ramah, doktor snap banyak gambar baby, tak rushing, boleh tanya soalan mcm2. Softcopy dan hardcopy pun dapat.. Yang penting harga sangat reasonable already compare with other clinic. Very Recommended!!
Posted on Google Google
Ainnabila Aminodin profile picture
Ainnabila Aminodin
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Alhamdulillah, sangat berpuas hati dengan servis di Poliklinik Raudhah Raisha Nilai. ❤️ Saya sudah beberapa kali datang ke sini untuk pemeriksaan dan scan sepanjang kehamilan. Setiap kali datang, memang mendapat layanan yang sangat baik daripada doktor dan semua staff. Doktor sangat friendly, lembut, sabar dan teliti ketika melakukan scan. Setiap perkara diterangkan dengan jelas, malah doktor juga sudi menjawab segala pertanyaan tanpa membuatkan kita rasa kekok atau tergesa-gesa. Paling saya hargai, doktor sangat memahami perasaan seorang ibu yang ingin tahu perkembangan dan keadaan bayi dalam kandungan. Setiap kali selesai scan, hati rasa lebih tenang dan lega. Terima kasih kepada seluruh team Poliklinik Raudhah Raisha atas layanan dan pengalaman yang sangat baik. Semoga terus maju jaya dan kekalkan servis terbaik ini. Insya-Allah akan datang lagi! ❤️ *Muka saya dengan suami memang doktor kenal sebab tak sah kami kalau sebulan tak scan baby😁😁*
Posted on Google Google
NOR NADIAH BONTAK profile picture
NOR NADIAH BONTAK
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
1. Suasana klinik yg selesa tenang dan mendamaikan. 2. Peralatan scan yg canggih. 3.Doctor yg sangat details dan penerangan yg sangat jelas dan juga frendly. 4. Staff yg baik dan sopan santun. 5. Harga yg berpatutan dan mesra rakyat. 6. Semoga klinik ini kekal maju jaya dan dapat berterusan.

Lokasi klinik

Poliklinik Raudhah Raisha di Nilai & Senawang

Kaunter pendaftaran Poliklinik Raudhah Raisha Nilai Doktor berbincang dengan pesakit di Poliklinik Raudhah Raisha Nilai Pemeriksaan kesihatan di Poliklinik Raudhah Raisha Nilai
G-02, Jalan Perniagaan Laman Gala, Pusat Perniagaan Laman Gala, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Isnin – Sabtu, 9 pg – 9 mlm · Ahad tutup

Pemeriksaan kesihatan di Poliklinik Raudhah Raisha Senawang Konsultasi doktor di Poliklinik Raudhah Raisha Senawang, Seremban Doktor memeriksa pesakit di Poliklinik Raudhah Raisha Senawang
56-G, Jalan Dataran Kemuning 2, Dataran Kemuning, Taman Cendana, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Isnin – Sabtu, 9 pg – 1 tgh · 2 – 6 ptg · 8 – 10 mlm · Ahad tutup

Soalan lazim

Soalan lazim tentang ujian Pap smear & HPV

Apakah ujian Pap smear?

Ujian Pap smear ialah saringan kanser serviks. Doktor mengambil sampel kecil sel dari serviks menggunakan berus lembut, kemudian sampel diperiksa di makmal untuk mengesan perubahan sel yang tidak normal sebelum ia menjadi kanser.

Siapa yang perlu menjalani ujian Pap smear dan HPV?

Wanita berumur 21 hingga 65 tahun yang pernah aktif secara seksual. Ujian Pap smear disyorkan setiap 3 tahun. Bagi wanita 30 hingga 65 tahun, ujian HPV setiap 5 tahun, atau kedua-duanya serentak, memberi gambaran yang lebih lengkap.

Berapakah harga ujian Pap smear di Poliklinik Raudhah Raisha?

Ujian Pap smear RM95, ujian HPV RM200, dan ujian Pap smear bersama HPV RM269. Harga termasuk konsultasi dengan doktor wanita dan penjelasan keputusan. Lihat pakej & harga.

Adakah ujian Pap smear menyakitkan?

Kebanyakan wanita hanya rasa sedikit tekanan atau tidak selesa, bukan sakit. Prosedur mengambil beberapa minit sahaja, dan doktor wanita akan menerangkan setiap langkah serta berhenti jika anda perlukan rehat.

Bagaimana saya perlu bersedia sebelum ujian?

Elakkan hubungan seks, pencuci faraj dan ubat atau krim faraj selama 48 jam sebelum ujian. Pilih tarikh di luar waktu haid, sebaiknya 10 hingga 20 hari selepas hari pertama haid.

Saya sudah divaksin HPV. Masih perlu buat saringan?

Ya. Vaksin HPV melindungi daripada jenis HPV yang paling berisiko, tetapi bukan semua jenis. Saringan berkala tetap disyorkan walaupun anda sudah divaksin.

Berapa lama keputusan akan siap?

Keputusan biasanya siap dalam beberapa hari bekerja. Doktor akan menghubungi anda dan menerangkan keputusan dengan jelas.

Bagaimana jika keputusan saya tidak normal?

Keputusan tidak normal tidak bermakna anda menghidap kanser. Kebanyakannya ialah perubahan sel kecil atau jangkitan HPV yang boleh dipantau. Doktor akan menerangkan langkah seterusnya, seperti ujian ulangan, ujian HPV atau rujukan untuk kolposkopi.

Di manakah ujian Pap smear dijalankan?

Di Poliklinik Raudhah Raisha cawangan Nilai (G-02, Jalan Perniagaan Laman Gala, 71800 Nilai) dan Senawang (56-G, Jalan Dataran Kemuning 2, Taman Cendana, 70450 Seremban). Buka Isnin hingga Sabtu: Nilai 9 pagi hingga 9 malam; Senawang 9 pagi–1 tengah hari, 2–6 petang dan 8–10 malam. Ahad tutup. Lihat lokasi klinik.

Disemak secara perubatan oleh Dr. Norul Asyiqin, Poliklinik Raudhah Raisha · Dikemas kini

Tempah ujian Pap smear anda bersama doktor wanita

Saringan yang ringkas, dalam bilik yang privasi di Poliklinik Raudhah Raisha, Nilai atau Senawang. Doktor akan menerangkan setiap langkah dan keputusan anda.

Tempah melalui WhatsApp (tab baharu)

Ujian Pap smear dari RM95 · Keputusan diterangkan oleh doktor.

Dr. Norul Asyiqin, doktor wanita di Poliklinik Raudhah Raisha
Logo Poliklinik Raudhah Raisha, Window to the Womb

Jom Whatsap Kami Sekarang!

Isikan borang di bawah untuk terus ke Whatsapp kami. Kami akan membalas anda ASAP.