Vaksin Umrah & Haji · Nilai & SenawangLengkapkan vaksin umrah sekeluarga sebelum ke Tanah Suci

Vaksin umrah yang wajib ialah Meningococcal ACWY, diambil sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tiba di Arab Saudi. Walk-in dialu-alukan di Nilai dan Senawang.

Influenza dan Pneumococcal disyorkan untuk jemaah 50 tahun ke atas dan penghidap penyakit kronik.

Keluarga jemaah berpakaian ihram putih bersama beg pakaian, bersedia ke Tanah Suci selepas lengkap vaksin umrah

Meningococcal ACWY wajib untuk visa umrah & haji

Kenapa vaksin meningokokal wajib untuk umrah & haji?

“Jemaah haji dan umrah dikehendaki mengambil vaksin meningokokal sebelum berlepas ke Arab Saudi.”

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Mei 2024

12 kesjangkitan meningokokal dikaitkan dengan umrah pada 2024 (AS, UK dan Perancis). Semua pesakit yang status vaksinnya diketahui tidak divaksin.

1 daripada 5pesakit yang sembuh daripada meningitis bakteria mengalami kesan jangka panjang, seperti hilang pendengaran.

Sumber: Kenyataan KKM, The Star (28 Mei 2024) · CDC, Mei 2024 · WHO Meningitis fact sheet

Ringkasan keperluan

Vaksin umrah apa yang wajib dan disyorkan?

Hanya satu vaksin umrah yang wajib: Meningococcal ACWY. Influenza dan Pneumococcal disyorkan untuk perlindungan tambahan, terutama jika anda warga emas atau ada penyakit kronik.

Doktor wanita berhijab memberi suntikan vaksin umrah Meningococcal ACWY di lengan seorang lelaki di klinik
Bila perlu ambil≥ 10 hari sebelum tiba
Tempoh perlindungan3–5 tahun
Wajib

Vaksin Meningococcal ACWY

Melindungi daripada jangkitan meningokokal, punca meningitis. Syarat kesihatan Arab Saudi untuk semua jemaah umrah dan haji.

  • Semua jemaah berumur 1 tahun ke atas
  • Pastikan sijil mencatat nama vaksin dan tarikh suntikan
  • Doktor semak kesihatan anda sebelum suntikan
Disyorkan

Vaksin Influenza

Melindungi daripada selesema bermusim yang mudah merebak dalam kesesakan jemaah.

  • Umur 50 tahun ke atas
  • Penghidap penyakit kronik
  • Wanita hamil, atas nasihat doktor
Ibu berhijab memangku anak lelaki yang tersenyum selepas menerima vaksin di klinik, bersama doktor
Tempoh perlindungan1 tahun
Ambil semulaSetiap tahun
Pasangan warga emas di klinik, doktor berhijab memeriksa paru-paru dengan stetoskop sebelum vaksin Pneumococcal
Disyorkan untuk50 tahun ke atas
Tempoh perlindunganJangka panjang
Disyorkan

Vaksin Pneumococcal

Melindungi daripada radang paru-paru (pneumonia) dan jangkitan pneumokokal yang serius.

  • Umur 50 tahun ke atas
  • Penyakit jantung, paru-paru atau buah pinggang
  • Penghidap diabetes

Berdasarkan syarat kesihatan Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk jemaah umrah & haji. Doktor akan semak kesihatan anda sebelum suntikan. Jemaah warga emas boleh rujuk rawatan kesihatan warga emas kami.

Apa risikonya jika tidak ambil vaksin umrah?

Jemaah berada rapat dengan jutaan orang dari seluruh dunia. Ini risiko utama yang perlu anda tahu sebelum berlepas.

  • Tempat sesak

    Jutaan jemaah berada rapat di tempat yang sama. Jangkitan pernafasan dan meningitis mudah merebak.

  • Jangkitan bergerak pantas

    5–10% pesakit meninggal dunia walaupun dirawat awal, selalunya dalam 24–48 jam.

  • Selesema mudah merebak

    Punca utama jangkitan saluran pernafasan semasa haji. Demam dan batuk boleh mengganggu ibadah.

  • Radang paru‑paru

    39% kemasukan hospital jemaah dalam satu kajian berpunca daripada radang paru‑paru.

  • Sijil tidak lengkap

    Hanya diiktiraf 3 tahun jika jenis vaksin tidak dicatat. Pastikan nama vaksin dan tarikh tercatat.

  • Tak pasti vaksin mana anda perlukan?

    Tanya doktor melalui WhatsApp (tab baharu)

Vaksin mengurangkan risiko, tetapi tiada vaksin yang memberi perlindungan 100%. Doktor akan menilai vaksin yang sesuai untuk anda.

Sumber: WHO; CDC, 2024; Ahmed et al., The Lancet, 2006; WHO EMRO, 2019; KKM Arab Saudi, Umrah 1447H.

Masa yang tepat

Bila perlu ambil vaksin umrah?

Ikut 3 langkah ini supaya vaksin berkesan, perlindungan sempurna dan sijil siap sebelum berlepas.

  1. 2–4 minggu sebelum berlepas

    Masa terbaik. Cukup masa untuk badan membina perlindungan dan urusan dokumen tidak tergesa-gesa.

  2. Sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tiba

    Syarat minimum Meningococcal ACWY. Dikira dari tarikh suntikan hingga tarikh tiba di Arab Saudi, bukan tarikh berlepas.

  3. Bawa sijil vaksin

    Pastikan sijil mencatat nama vaksin dan tarikh suntikan. Simpan bersama pasport semasa perjalanan.

Pernah ambil Influenza? Jika lebih setahun yang lalu, anda perlu ambil semula.

Harga vaksin umrah & haji

Harga pakej vaksin umrah

Pilih pakej, ambil serentak dalam satu lawatan dan jimat. Walk-in di Nilai atau Senawang.

Paling lengkap

Atau ambil satu-satu

  • WajibMeningococcal ACWYRM150
  • DisyorkanInfluenzaRM79
  • DisyorkanPneumococcalRM180

Walk-in dialu-alukan · Nilai & Senawang · Isnin – Sabtu · Harga tertakluk kepada perubahan

Keluarga & kumpulan

Datang sekeluarga atau serombongan

Ambil vaksin umrah sekeluarga dalam satu lawatan. Kami terima keluarga, rombongan agensi umrah dan jemaah surau. WhatsApp kami jumlah ahli terlebih dahulu supaya vaksin dan giliran dapat disediakan dengan lancar.

  • Semua ahli selesai dalam satu lawatan
  • Kanak-kanak 1 tahun ke atas dan warga emas
  • Di Nilai atau Senawang, ikut mana yang dekat
WhatsApp untuk kumpulan (tab baharu)
Keluarga Melayu tiga generasi di ruang menunggu klinik dengan pasport dan beg, bersedia untuk vaksin umrah
5.0559 ulasan Google

Apa kata pesakit Poliklinik Raudhah Raisha

Pengalaman sebenar pesakit di cawangan Nilai dan Senawang.

Posted on Google Google
Assila Arifin profile picture
Assila Arifin
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Been visiting this clinic since my early pregnancy and have been receiving treatment from the same doctor for almost 2 years now. The best service you could ever ask for, especially for mommies! Dr. Syikin is such a gentle and caring doctor who truly understands her patients. All the staff are also very friendly and welcoming. I highly recommend this clinic for your maternity care! And even after delivery, I managed to lose almost 16kg through the clinic’s weight management programme. Overall, I absolutely love this clinic and Dr. Syikin! 🩷
Posted on Google Google
nur fateha profile picture
nur fateha
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Dr sangat baik,penerangan yang jelas. Klinik yang selesa❤️parking mudah depan klinik.
Posted on Google Google
Siti Amira Ali ahmad profile picture
Siti Amira Ali ahmad
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
dr dia best sgt 👍🏻
Posted on Google Google
Maisarah Zainal Fitri profile picture
Maisarah Zainal Fitri
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Sangat berpuas hati dengan service di Poliklinik Raudhah Raisha Nilai Dah datang klinik ni banyak kali untuk scan baby dan check up pregnancy. Service terbaik daripada doktor dan staff Doctor syiqin sangat friendly, clear explaination sepanjang sesi scan baby. Setiap kali lepas scan baby mesti rasa tenang je. Pregnant mom area Nilai please, come to this clinic
Posted on Google Google
Ruhilda Ahmad profile picture
Ruhilda Ahmad
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Sangat2 berpuas hati buat detail scan + 5D Scan sini. Semua jelas.Explaination clear, doktor sangat ramah, doktor snap banyak gambar baby, tak rushing, boleh tanya soalan mcm2. Softcopy dan hardcopy pun dapat.. Yang penting harga sangat reasonable already compare with other clinic. Very Recommended!!
Posted on Google Google
Ainnabila Aminodin profile picture
Ainnabila Aminodin
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
Alhamdulillah, sangat berpuas hati dengan servis di Poliklinik Raudhah Raisha Nilai. ❤️ Saya sudah beberapa kali datang ke sini untuk pemeriksaan dan scan sepanjang kehamilan. Setiap kali datang, memang mendapat layanan yang sangat baik daripada doktor dan semua staff. Doktor sangat friendly, lembut, sabar dan teliti ketika melakukan scan. Setiap perkara diterangkan dengan jelas, malah doktor juga sudi menjawab segala pertanyaan tanpa membuatkan kita rasa kekok atau tergesa-gesa. Paling saya hargai, doktor sangat memahami perasaan seorang ibu yang ingin tahu perkembangan dan keadaan bayi dalam kandungan. Setiap kali selesai scan, hati rasa lebih tenang dan lega. Terima kasih kepada seluruh team Poliklinik Raudhah Raisha atas layanan dan pengalaman yang sangat baik. Semoga terus maju jaya dan kekalkan servis terbaik ini. Insya-Allah akan datang lagi! ❤️ *Muka saya dengan suami memang doktor kenal sebab tak sah kami kalau sebulan tak scan baby😁😁*
Posted on Google Google
NOR NADIAH BONTAK profile picture
NOR NADIAH BONTAK
Google star 1Google star 2Google star 3Google star 4Google star 5Trustindex verifies that the original source of the review is Google.
1. Suasana klinik yg selesa tenang dan mendamaikan. 2. Peralatan scan yg canggih. 3.Doctor yg sangat details dan penerangan yg sangat jelas dan juga frendly. 4. Staff yg baik dan sopan santun. 5. Harga yg berpatutan dan mesra rakyat. 6. Semoga klinik ini kekal maju jaya dan dapat berterusan.

Lokasi klinik · Walk-in

Klinik vaksin umrah di Nilai & Senawang

Kaunter pendaftaran Poliklinik Raudhah Raisha NilaiDoktor berbincang dengan pesakit di Poliklinik Raudhah Raisha NilaiPemeriksaan kesihatan di Poliklinik Raudhah Raisha Nilai
G-02, Jalan Perniagaan Laman Gala, Pusat Perniagaan Laman Gala, 71800 Nilai, Negeri Sembilan

Isnin – Sabtu, 9 pg – 9 mlm · Ahad tutup

Pemeriksaan kesihatan di Poliklinik Raudhah Raisha SenawangKonsultasi doktor di Poliklinik Raudhah Raisha Senawang, SerembanDoktor memeriksa pesakit di Poliklinik Raudhah Raisha Senawang
56-G, Jalan Dataran Kemuning 2, Dataran Kemuning, Taman Cendana, 70450 Seremban, Negeri Sembilan

Isnin – Sabtu, 9 pg – 1 tgh · 2 – 6 ptg · 8 – 10 mlm · Ahad tutup

Soalan lazim

Soalan lazim tentang vaksin umrah & haji

Vaksin umrah apa yang wajib?

Meningococcal ACWY ialah satu-satunya vaksin wajib untuk semua jemaah umrah dan haji berumur 1 tahun ke atas, sekurang-kurangnya 10 hari sebelum tiba di Arab Saudi. Influenza dan Pneumococcal tidak wajib, tetapi disyorkan terutama untuk warga emas dan pesakit kronik.

Bila perlu ambil vaksin sebelum berlepas?

Masa terbaik ialah 2 hingga 4 minggu sebelum berlepas. Syarat minimumnya, vaksin Meningococcal ACWY mesti diambil sekurang-kurangnya 10 hari sebelum anda tiba di Arab Saudi. Tempoh 10 hari ini dikira dari tarikh suntikan hingga tarikh tiba, bukan tarikh berlepas dari Malaysia.

Berapa lama vaksin Meningococcal sah?

Ia bergantung pada jenis vaksin. Vaksin konjugat sah selama 5 tahun, manakala vaksin polisakarida sah selama 3 tahun. Jika sijil tidak menyatakan jenis vaksin, Arab Saudi hanya mengiktirafnya selama 3 tahun. Pastikan nama vaksin dan tarikh suntikan tercatat pada sijil anda.

Perlukah saya ambil Influenza dan Pneumococcal?

Kedua-duanya tidak wajib, tetapi disyorkan jika anda berumur 50 tahun ke atas atau ada penyakit kronik seperti diabetes, penyakit jantung, paru-paru atau buah pinggang. Jangkitan pernafasan dan radang paru-paru ialah antara masalah kesihatan paling biasa dalam kalangan jemaah. Doktor akan menilai keperluan anda, dan anda juga boleh buat pemeriksaan kesihatan sebelum berlepas.

Boleh ambil ketiga-tiga vaksin pada hari yang sama?

Biasanya boleh. Meningococcal, Influenza dan Pneumococcal lazimnya diberi dalam satu lawatan, di tempat suntikan yang berbeza. Inilah pilihan Combo All in 1 (RM380). Doktor akan semak kesihatan anda dahulu untuk memastikan ia sesuai. Vaksin tifoid untuk perjalanan juga tersedia.

Wanita hamil boleh ambil vaksin umrah?

Beritahu doktor jika anda hamil atau menyusukan anak. Vaksin Influenza biasanya disyorkan semasa hamil, dan doktor akan menilai keperluan vaksin Meningococcal mengikut keadaan anda. Keputusan dibuat selepas doktor menyemak tahap kehamilan dan sejarah kesihatan anda.

Kanak-kanak perlu vaksin umrah? Dari umur berapa?

Ya. Vaksin Meningococcal ACWY wajib untuk semua jemaah berumur 1 tahun ke atas, termasuk kanak-kanak. Bawa buku rekod kesihatan anak supaya doktor boleh menyemak vaksin yang telah diterima. Lihat juga vaksinasi dewasa dan kanak-kanak di klinik kami.

Apa kesan sampingan biasa dan penjagaan selepas suntikan?

Kesan biasa ialah sakit, merah atau bengkak di tempat suntikan, serta demam ringan atau letih selama 1 hingga 2 hari. Rehat, minum air secukupnya dan ambil ubat demam jika perlu. Hubungi klinik jika anda sukar bernafas, bengkak muka atau demam tinggi.

Saya berlepas kurang 10 hari lagi. Apa perlu buat?

Datang secepat mungkin atau WhatsApp kami segera. Doktor akan menilai tarikh perjalanan anda dan menasihatkan langkah terbaik. Ambil vaksin tanpa berlengah supaya perlindungan dapat dibina sebelum anda tiba di Arab Saudi.

Perlu temujanji atau boleh walk-in? Apa perlu dibawa?

Walk-in dialu-alukan di kedua-dua cawangan, Isnin hingga Sabtu. Bawa kad pengenalan atau pasport, buku rekod vaksin lama jika ada, dan senarai ubat yang sedang diambil. Untuk keluarga atau kumpulan besar, WhatsApp kami dahulu supaya giliran dapat disediakan.

Berapa harga vaksin umrah?

Di Poliklinik Raudhah Raisha, Meningococcal ACWY berharga RM150, Influenza RM79 dan Pneumococcal RM180. Pakej Meningococcal + Influenza RM220, Meningococcal + Pneumococcal RM310, dan Combo All in 1 (ketiga-tiga vaksin) RM380. Lihat harga pakej vaksin umrah. Harga tertakluk kepada perubahan.

Di mana boleh ambil vaksin umrah di Nilai dan Senawang?

Vaksin umrah boleh diambil di Poliklinik Raudhah Raisha cawangan Nilai (Pusat Perniagaan Laman Gala, 71800 Nilai) dan cawangan Senawang (Dataran Kemuning, Taman Cendana, 70450 Seremban), Negeri Sembilan. Kedua-duanya dibuka Isnin hingga Sabtu. Lihat alamat dan arah di bahagian lokasi klinik.

Dikemas kini 22 November 2026

Datang terus untuk vaksin umrah & haji anda

Walk-in di Poliklinik Raudhah Raisha Nilai atau Senawang. Doktor semak kesihatan anda dan sijil vaksinasi diberikan selepas suntikan.

Tanya melalui WhatsApp (tab baharu)

Vaksin dari RM79 · Combo All in 1 RM380

Dr. Norul Asyiqin, doktor di Poliklinik Raudhah Raisha
Logo Poliklinik Raudhah Raisha, Window to the Womb

Jom Whatsap Kami Sekarang!

Isikan borang di bawah untuk terus ke Whatsapp kami. Kami akan membalas anda ASAP.