Rawatan Kesihatan Bayi & Kanak-Kanak di Nilai, Negeri Sembilan

Rawatan kesihatan bayi & kanak-kanak di Nilai untuk demam, selesema, batuk, jangkitan & masalah kesihatan harian. Doktor mesra kanak-kanak, klinik selesa.

1–2

Minggu selepas bersalin untuk lawatan pertama

Minggu 6

Pemeriksaan penuh dan lengkap disyorkan

“Tempoh berpantang adalah masa genting — bukan sahaja badan pulih, malah ibu menyesuaikan diri dengan kehidupan baru bersama si kecil.”

— Pasukan Perubatan Raudhah Raisha

Penjagaan Lembut Untuk Si Manja Yang Tidak Sihat

Melihat anak yang demam, batuk, atau tidak selesa adalah salah satu perkara paling mencemaskan buat ibu bapa. Di Poliklinik Raudhah Raisha, Nilai, kami menyediakan rawatan kesihatan bayi dan kanak-kanak yang pantas, tepat, dan penuh kasih sayang, dalam persekitaran klinik yang mesra kanak-kanak.

Daripada demam ringan hingga jangkitan yang memerlukan perhatian lebih, doktor-doktor kami yang berpengalaman dalam kesihatan kanak-kanak sedia membantu memastikan anak anda kembali ceria dan sihat secepat mungkin.

Masalah Kesihatan Kanak-Kanak Yang Kami Rawat

Klinik kami merawat pelbagai masalah kesihatan harian yang biasa dialami bayi dan kanak-kanak, termasuk:

Demam

Sama ada disebabkan jangkitan virus atau bakteria, kami akan menentukan punca dan memberikan rawatan yang sesuai.

Selesema & Batuk

Rawatan simptom serta nasihat penjagaan di rumah untuk pemulihan yang lebih pantas.

Cirit-birit & Muntah

Pemeriksaan untuk mengelakkan dehidrasi dan rawatan yang sesuai mengikut punca.

Ruam Kulit & Alahan

Pemeriksaan dan rawatan untuk eksema, ruam lampin, atau reaksi alahan lain.

Sakit Telinga

Rujuk juga perkhidmatan rawatan telinga kami untuk pemeriksaan lebih lanjut.

Masalah Pernafasan

Termasuk wheezing atau batuk berkahak yang memerlukan rawatan nebulizer.

Jangkitan Tangan, Kaki dan Mulut

Pemeriksaan dan nasihat pengasingan untuk mengelakkan jangkitan merebak.

Sakit Perut & Kembung

Penilaian untuk mengenal pasti punca dan keperluan rawatan.

Bila Patut Membawa Anak Anda Berjumpa Doktor?

Sebagai ibu bapa, sukar untuk menentukan bila simptom anak memerlukan perhatian perubatan segera. Berikut adalah panduan umum untuk membawa anak anda ke klinik:

Proses Rawatan di Raudhah Raisha

Pemeriksaan Awal

Doktor akan menyemak suhu badan, tanda vital, dan mendengar gejala yang dialami anak anda daripada ibu bapa.

Diagnosis

Pemeriksaan fizikal menyeluruh untuk mengenal pasti punca masalah kesihatan.

Rawatan & Preskripsi

Ubat yang sesuai mengikut usia dan keadaan anak diberikan, termasuk nasihat dos yang tepat.

Nasihat Penjagaan di Rumah

Panduan jelas tentang cara menjaga anak di rumah, termasuk bila perlu kembali untuk susulan.

Mengapa Pilih Raudhah Raisha untuk Rawatan Kesihatan Anak Anda?

Doktor Mesra Kanak-Kanak

Pendekatan lembut yang membuatkan anak-anak berasa selesa.

Klinik Selesa & Bersih

Persekitaran yang sesuai untuk bayi dan kanak-kanak kecil.

Rawatan Sama Hari

Janji temu pantas tanpa menunggu lama, sesuai untuk keadaan mendesak.

Penjagaan Bersepadu

Kami turut menawarkan pemeriksaan bayi newborn, vaksinasi kanak-kanak, dan saringan jaundis di bawah satu bumbung.

Soalan Lazim (FAQ)

Demam melebihi 38.5°C pada bayi bawah 3 bulan perlu mendapat perhatian doktor segera. Untuk kanak-kanak lebih besar, demam yang berterusan lebih dari 2-3 hari atau disertai gejala lain perlu disemak.

Walaupun pesakit tanpa janji temu dialu-alukan, kami menggalakkan anda menghubungi kami terlebih dahulu melalui WhatsApp untuk mengurangkan masa menunggu.

Buku rekod kesihatan anak (jika ada), senarai ubat yang sudah diberikan, dan catatan tentang suhu badan atau gejala yang diperhatikan.

Ya, doktor kami akan menilai punca batuk dan mencadangkan rawatan yang sesuai, termasuk rawatan nebulizer jika diperlukan.

Ya, kami mesra bayi dan menawarkan pemeriksaan khas untuk bayi newborn selain rawatan penyakit harian.

Ya, Poliklinik Raudhah Raisha di Nilai mudah diakses oleh keluarga dari Seremban, Bangi, Kajang dan kawasan sekitar Negeri Sembilan dan Selangor.

Jangan Tunggu — Bawa Anak Anda Untuk Rawatan Hari Ini

Kesihatan anak adalah keutamaan kami. Hubungi kami sekarang untuk rawatan yang pantas dan penuh kasih sayang.

Jom Whatsap Kami Sekarang!

Isikan borang di bawah untuk terus ke Whatsapp kami. Kami akan membalas anda ASAP.