Setiap ibu hamil pasti teruja nak buat scan baby sebab menantikan detik melihat wajah si comel yang sedang membesar dalam rahim.
Teknologi perubatan hari ini membolehkan ibu bapa melihat gambaran wajah bayi seawal usia kehamilan 24 minggu, bukan sahaja melalui ultrasound 3D dan 4D, malah kini dengan 5D scan boleh memberikan imej yang lebih realistik.
Tapi persoalannya;
Bila masa yang paling sesuai untuk buat scan baby?
Kenapa tak boleh terlalu awal atau terlalu lewat?
Artikel ini akan terangkan masa terbaik untuk scan baby 3D, 4D dan 5D, kenapa waktu tersebut paling ideal, dan tip penting untuk dapatkan hasil gambar yang jelas dan memuaskan.
Ringkasan scan baby:
- Masa terbaik: scan baby 3D, 4D dan 5D paling sesuai pada minggu ke-24 hingga 34.
- Beza utama: 2D untuk pemeriksaan perubatan, 3D gambar statik, 4D video langsung, 5D imej yang lebih realistik.
- Wajib atau tidak: scan 3D, 4D dan 5D tidak wajib. Detail scan pula untuk periksa organ bayi.
- Tempoh: biasanya 20 hingga 40 minit.
Apa Itu Scan Baby 2D, 3D, 4D dan 5D Scan?
Sebelum kita bincangkan tentang masa yang sesuai, mari kita faham dulu perbezaan antara scan 2D, 3D, 4D dan 5D Scan. Untuk perbandingan lebih terperinci, baca beza 2D ultrasound dan 5D scan.
2D Scan
Imej hitam putih yang biasa dilihat semasa check-up biasa.
Gambar berbentuk flat dan digunakan untuk tujuan perubatan seperti ukur saiz bayi, tengok kedudukan bayi, degupan jantung bayi dan sebagainya.

3D Scan
Gambar statik berwarna yang menunjukkan bentuk wajah dan anggota badan bayi dalam bentuk tiga dimensi.

4D Scan
Sama seperti 3D, tetapi dalam bentuk video secara langsung (real-time).
Ibu bapa boleh lihat bayi tersenyum, menguap, hisap jari atau bergerak-gerak!

5D Scan
Teknologi rendering canggih yang menambah pencahayaan dan tona kulit yang lebih realistik pada imej 4D, manakala “8K” merujuk kepada resolusi ultra-tinggi yang menjadikan butiran wajah bayi jauh lebih tajam dan jelas.
Hasilnya, gambar nampak lebih hidup, hampir seperti foto sebenar bayi. Baca 5D scan baby di Nilai: berbaloi atau tidak?

Bila Masa Terbaik Buat Scan Baby 3D, 4D dan 5D?
Waktu terbaik untuk datang ke klinik buat scan baby 3D, 4D atau 5D ialah antara minggu ke-24 hingga minggu ke-34 kehamilan. Kalau anda nak periksa organ bayi secara terperinci, itu detail scan baby yang dibuat lebih awal.
Ini adalah tempoh yang disarankan, kenapa ya?
1. Bayi Dah Mula ‘Chubby’
Sekitar minggu ke-24, bayi mula membentuk lemak di bawah kulit. Dalam 3D atau 4D scan, bentuk muka akan nampak lebih bulat dan comel. Sebelum minggu ke-24, muka bayi mungkin masih ‘tajam’ dan kurang lemak, menyebabkan gambar kelihatan kurang menarik.
2. Kedudukan Bayi Masih Baik
Sebelum minggu ke-34, kebanyakan bayi masih dalam kedudukan yang belum turun ke pelvis sepenuhnya. Bila kepala bayi dah masuk ke bawah (biasanya selepas minggu ke-34), mungkin susah nak dapatkan gambar wajah bayi dengan jelas.
3. Cecair Ketuban Masih Banyak
Cecair ketuban membantu menghasilkan gambar yang lebih jelas. Pada trimester ketiga, cecair ini akan mula berkurang. Jadi, waktu 24–34 minggu adalah waktu terbaik kerana jumlah cecair masih mencukupi dan memberi ruang pada gelombang ultrasound untuk ‘snap’ imej dengan cantik.
Jadual Scan Baby Ikut Minggu Kehamilan
Setiap scan baby ada waktu dan tujuan yang berbeza. Jadual ini ikut perkhidmatan di Poliklinik Raudhah Raisha Nilai.
| Usia kandungan | Jenis scan | Tujuan |
|---|---|---|
| 5 – 13 minggu | Scan awal kehamilan | Sahkan kehamilan, degupan jantung dan tarikh jangka bersalin |
| 11 – 13 minggu 6 hari | NT scan | Saringan risiko kromosom seperti sindrom Down |
| 20 – 26 minggu | Detail scan | Periksa organ, tulang belakang, anggota badan dan uri |
| 24 minggu hingga bersalin | Scan 5D 8K | Lihat wajah bayi, paling jelas pada 24 – 34 minggu |
| 5 – 40 minggu | Growth & Gender Scan | Pantau saiz, berat, pergerakan dan jantina bayi |
Apa Berlaku Jika Buat Scan Baby Terlalu Awal atau Terlambat?
Jika Buat Sebelum Minggu 24:
Jika scan baby dilakukan sebelum usia 24 minggu, bayi masih terlalu kecil dan lemak bawah kulit masih belum terbentuk sepenuhnya. Jadi gambar yang terhasil tak berapa ‘chubby’. Ciri wajah bayi juga belum begitu jelas dan gambar yang diambil mungkin akan nampak seperti rangka sahaja. Jadi, ibu digalakkan buat scan 3D dan 4D pada usia 24 minggu ke atas.
Jika Buat Selepas Minggu 34:
Apabila mencapai usia kandungan 34 minggu, ruang dalam rahim menjadi lebih sempit dan kecil akibat tumbesaran bayi ketika itu. Kedudukan bayi yang mula ‘turun’ ke bawah menyebabkan kesukaran untuk melihat wajah dan anggota badan bayi dengan lebih jelas. Ada juga keadaan gambar menjadi kabur dan separuh, seperti muka tertutup dengan tangan, atau badan terlalu rapat ke dinding rahim kerana ruang lebih sempit pada usia kandungan 34 minggu ke atas.
Adakah Scan Baby 3D, 4D dan 5D Wajib Untuk Semua Ibu Hamil?
Jawapannya: Tidak wajib secara perubatan.

Scan ini lebih kepada pilihan ibu bapa untuk melihat dan merakam kenangan wajah bayi dalam kandungan. Namun, dalam sesetengah kes, doktor mungkin menggunakan scan 3D/4D/5D Scan untuk tujuan diagnosis, contohnya:
- Memeriksa sumbing bibir atau kecacatan muka
- Masalah struktur anggota badan
- Masalah organ tertentu seperti jantung atau ginjal
Walau bagaimanapun, untuk keperluan biasa scan ini adalah satu pengalaman istimewa dan mengujakan bagi bakal ibu bapa.
Tips Dapatkan Gambar Scan Baby 3D/4D Yang Cantik
Nak hasil gambar yang jelas dan comel?
Berikut beberapa tip penting sebelum scan:
1. Banyakkan Minum Air
Semakin dekat dengan hari untuk melakukan imbasan, anda dinasihatkan untuk banyak minum air. Ia dapat membantu menghasilkan kualiti gambar yang jelas.
Minum air akan dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti air ketuban sekali gus memberi ruang yang cukup bagi sesi 3D dan 4D scan yang mengujakan.
2. Makan Sedikit Sebelum Scan
Ambil snek ringan seperti roti, buah atau yogurt sebelum prosedur dijalankan. Ini membantu bayi lebih aktif — senang nak tangkap gambar bila bayi sedang gerak-gerak.
3. Datang Bila Perut Tak Terlalu Penuh
Kalau terlalu kenyang, mungkin kurang selesa tetapi jangan pula lapar sangat ya!
4. Datang Ikut Masa Temujanji
Proses ini biasanya ambil masa 20–40 minit. Pastikan datang ikut masa untuk elakkan bayi tidur atau berada dalam posisi yang tidak sesuai terlalu lama.
Apa Maksud Bacaan Pada Gambar Scan Baby?
Singkatan pada gambar scan ialah ukuran bayi. Antara yang biasa dilihat:
| Singkatan | Maksud |
|---|---|
| GA | Usia kandungan |
| EDD | Tarikh jangka bersalin |
| CRL | Panjang bayi dari kepala ke punggung |
| BPD | Lebar kepala bayi |
| HC | Ukur lilit kepala bayi |
| AC | Ukur lilit perut bayi |
| FL | Panjang tulang paha bayi |
| EFW | Anggaran berat bayi |
| FHR | Kadar degupan jantung bayi |
Bacaan ini perlu ditafsir bersama usia kandungan, jadi tanya doktor kalau ada nombor yang anda tak pasti.
Soalan Lazim Tentang Scan Baby
Scan baby sesuai dibuat pada berapa minggu?
Bergantung pada tujuan. Scan awal dibuat pada minggu ke-5 hingga 13, NT scan pada 11 hingga 13 minggu 6 hari, detail scan pada minggu ke-20 hingga 26, dan scan 3D, 4D atau 5D untuk lihat wajah bayi paling sesuai pada minggu ke-24 hingga 34.
Berapa harga scan baby di Nilai?
Di Poliklinik Raudhah Raisha Nilai, imbasan awal RM59, Growth & Gender Scan RM70, NT scan RM99, 5D 8K & Growth Scan RM130, dan Anatomy Scan bersama 5D 8K RM160. Harga boleh berubah, jadi sahkan melalui WhatsApp. Baca juga cara pilih pakej scan.
Berapa kali perlu buat scan baby?
Tiada bilangan yang sama untuk semua ibu. Sebagai rujukan, NHS di England menawarkan sekurang-kurangnya dua scan, iaitu pada 11 hingga 14 minggu dan 18 hingga 21 minggu. Doktor boleh cadangkan scan tambahan ikut keadaan ibu dan bayi.
Adakah scan ini menyakitkan?
Tidak. Ia sama seperti scan biasa — cuma menggunakan teknologi yang lebih canggih. Ibu hanya perlu baring dan gel digunakan di atas perut.
Adakah scan 5D 8K selamat untuk bayi?
Ya. Ia menggunakan gelombang bunyi, bukan radiasi, dan selamat apabila dilakukan oleh tenaga perubatan terlatih mengikut tempoh dan tujuan yang sesuai. Baca panduan keselamatan 5D scan.
Berapa kos scan 3D/4D?
Kos berbeza mengikut klinik, tapi biasanya sekitar RM100 – RM250 bergantung kepada pakej (gambar, video, print, dan sebagainya).
Berapa kos scan 5D 8K?
Kos berbeza mengikut klinik dan pakej yang dipilih (gambar, video, print, softcopy). Untuk pakej dan harga terkini di Nilai, WhatsApp terus kepada klinik.
Bolehkah saya simpan gambar dan video scan?
Ya. Kebanyakan klinik menyediakan gambar cetakan dan video dalam bentuk softcopy (USB atau WhatsApp).
Boleh tahu jantina bayi masa scan ini?
Selalunya boleh, jika kedudukan bayi mengizinkan. Namun jantina lebih tepat dilihat melalui imbasan biasa dari sekitar minggu ke-18 ke atas, bergantung pada posisi bayi.
Perlu bawa suami atau ahli keluarga?
Sangat digalakkan. Ini detik yang indah dan emosional — ramai pasangan menitiskan air mata pertama kali melihat wajah anak mereka.
Ramai ibu berkongsi bahawa saat melihat wajah bayi dalam kandungan buat kali pertama adalah pengalaman yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Ada yang tersenyum, ada yang menangis kegembiraan. Ia memberi semangat baru untuk meneruskan kehamilan dengan lebih positif dan bersemangat.
Di Mana Nak Buat Scan Baby?
Jika anda berada di kawasan Nilai, Negeri Sembilan — Poliklinik Raudhah Raisha ialah klinik scan baby di Nilai yang menyediakan perkhidmatan scan 3D/4D/5D dengan teknologi moden dan mesra ibu hamil.
- Dilakukan oleh doktor wanita berpengalaman
- Gambar dan video disediakan
- Temujanji mudah — boleh booking melalui WhatsApp
- Suasana tenang dan selesa untuk ibu & keluarga
Alamat: G-02, Jalan Perniagaan Laman Gala, Pusat Perniagaan Laman Galla, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Waktu buka: Isnin hingga Sabtu, 9 pagi hingga 9 malam. WhatsApp: 016-755 8761 untuk semak slot.
Kesimpulan
Scan baby 3D, 4D dan 5D bukan sekadar untuk melihat wajah bayi.
Tetapi ia adalah pengalaman istimewa yang membina ikatan emosi antara ibu bapa dan bayi sejak dalam kandungan. Waktu terbaik untuk lakukan scan ini ialah antara minggu ke-24 hingga ke-34 kehamilan, dengan beberapa langkah persediaan yang betul. Jika anda sedang menanti saat itu, jangan lepaskan peluang.
Buat temujanji awal dan nikmatilah detik penuh bermakna ini bersama orang tersayang.
Sumber: NHS, Ultrasound scans in pregnancy; NHS, 20-week screening scan; FDA, Ultrasound Imaging. Artikel ini untuk maklumat umum dan tidak menggantikan nasihat doktor.
