Musim Demam & Influenza A: Bila Patut Jumpa Doktor?

Sejak beberapa minggu ni, saya perhatikan satu pattern kes demam di klinik saya iaitu musim influenza a. Hari-hari ada saja pesakit datang dengan simptom demam, selesema, batuk dan sakit badan.

Bila saya buat swab test, memang ramai yang positive influenza a.

Malah, ada juga kes RSV yang saya kesan dalam kalangan bayi dan kanak-kanak kecil.

View on Threads

Dalam artikel ini, saya nak kongsikan apa sebenarnya yang saya lihat berlaku sepanjang musim ini, tanda-tanda yang perlu anda ambil serius, dan yang paling penting adalah bila anda patut berhenti “tunggu sembuh sendiri” dan terus jumpa doktor.

anak-demam-selsema-semasa-musim-influenza-a

Apa yang saya perhatikan sepanjang musim influenza ini?

Di Poliklinik Raudhah Raishah klinik Nilai, antara gejala yang paling kerap pesakit bawa datang ialah:

  • Demam panas melebihi 38°C, dan berpanjangan lebih 3 hari.
  • Demam yang tak kebah walaupun sudah ambil ubat demam mengikut dos dan masa yang betul.
  • Sakit badan dan sendi, sakit kepala.
  • Selesema, batuk, dan sakit tekak.

Ada hari-hari tertentu, hampir semua swab test yang saya buat pada pesakit menunjukkan positive influenza a.

Ini bukan kebetulan.

Ini maksudnya musim influenza sedang aktif merebak di kawasan kita, termasuk Nilai dan sekitarnya.

Apa itu Influenza A?

Masa buat swab test, pesakit terus tanya,

“Influenza A ke Influenza B, Dr?”

Jadi saya nak jelaskan ringkas di sini.

Influenza A dan Influenza B adalah dua strain virus influenza yang paling kerap menyerang manusia.

Influenza A biasanya jenis yang lebih kerap dikaitkan dengan wabak bermusim yang lebih meluas, dan boleh menjangkiti manusia serta haiwan. Simptomnya menyerupai apa yang saya kongsikan tadi iaitu demam panas, sakit badan, selesema dan batuk.

Apa yang boleh membezakan adalah dengan buat swab test dan dapat sahkan strain virus sebenar.

Dari segi rawatan, pendekatan doktor pada asasnya sama iaitu fokus pada meredakan simptom dan pantau golongan berisiko dengan lebih rapi tanpa mengira strain virus A atau B.

Yang paling penting, buat swab test dulu.

Kenapa saya nasihatkan jangan tunggu terlalu lama?

Ramai yang datang ke klinik saya selepas cuba “tahan” demam sendiri di rumah selama berhari-hari, dengan harapan ia akan reda dengan sendirinya.

Masalahnya, sesetengah kes influenza boleh berkembang menjadi lebih serius, terutamanya bagi golongan berisiko tinggi.

Berdasarkan pengalaman saya, tiga kumpulan ini paling perlu berjaga-jaga iaitu:

1. Ibu mengandung — perubahan pada sistem imun semasa kehamilan menyebabkan jangkitan influenza lebih mudah menjadi teruk.

2. Warga emas — risiko komplikasi seperti jangkitan paru-paru lebih tinggi.

3. Kanak-kanak dan bayi — saya sendiri ada mengesan kes RSV dalam kalangan bayi, di mana demam biasa disertai selesema dan batuk boleh berkembang menjadi lebih serius dalam masa singkat.

Kepada golongan berisiko ini khususnya, saya galakkan datang jumpa doktor lebih awal.

Jangan tunggu sehingga demam kebah.

Ini sebab yang sama kenapa saya sentiasa tekankan kepentingan pemeriksaan kesihatan berkala, bukan sekadar datang bila dah sakit.

Anda boleh baca lebih lanjut dalam artikel saya tentang kenapa orang muda pun perlu buat medical check up.

Tanda-tanda yang perlu buat anda terus ke klinik

Berdasarkan apa yang saya lihat setiap hari, ini tanda-tanda yang saya anggap sebagai isyarat untuk terus jumpa doktor dengan kadar segera:

  • Demam melebihi 38°C yang berterusan lebih 3 hari.
  • Demam tidak turun walaupun sudah ambil ubat penurun demam mengikut dos yang betul.
  • Sesak nafas atau nafas menjadi lebih laju daripada biasa.
  • Kanak-kanak atau bayi yang kurang aktif, malas menyusu, atau nampak lemah berbanding biasa.
  • Sakit badan, sakit kepala, atau sakit tekak yang teruk dan tidak reda.

Jika salah-satu tanda ini berlaku pada anda atau ahli keluarga, saya sarankan supaya jangan bertangguh.

Dapatkan pemeriksaan supaya punca sebenar dapat dikenal pasti dengan tepat, sama ada ia influenza a, RSV, atau jangkitan lain kerana setiap punca memerlukan rawatan berbeza.

Jangan tunggu, dan pertimbangkan vaksin

Saya sentiasa ingatkan pesakit saya, lepas sembuh daripada influenza kali ini jangan lupa untuk ambil vaksin influenza setahun sekali, terutamanya bagi ibu mengandung, warga emas, kanak-kanak dan bayi.

Vaksin ini bukan jaminan 100% anda tidak akan dijangkiti, tetapi ia membantu mengurangkan risiko gejala menjadi teruk.

Sama juga untuk kanak-kanak. Saya ada kongsikan lebih lanjut dalam artikel imunisasi kanak-kanak: apa terjadi jika anak terlepas dos vaksin.

Soalan Lazim Influenza A

1. Musim influenza A ini, bila sepatutnya saya jumpa doktor?

Jika demam anda melebihi 38°C dan berpanjangan lebih 3 hari, atau tidak reda walaupun sudah ambil ubat demam mengikut dos yang betul, saya sarankan datang berjumpa doktor secepat mungkin.

2. Siapa yang paling berisiko mengalami komplikasi daripada influenza?

Berdasarkan pengalaman saya, tiga golongan paling berisiko ialah ibu mengandung, warga emas, dan kanak-kanak/bayi. Golongan ini digalakkan mendapatkan pemeriksaan lebih awal berbanding tunggu sehingga dijangkiti baru nak jumpa doktor.

3. Adakah RSV sama dengan influenza?

Tidak. RSV dan influenza adalah virus yang berbeza, walaupun gejala awal kadangkala hampir sama iaitu demam, selesema, dan batuk. Sebab itu saya sarankan buat swab untuk pengesahan punca sebenar, terutamanya pada bayi dan kanak-kanak kecil.

4. Perlukah saya ambil vaksin influenza setiap tahun?

Amat digalakkan, terutamanya bagi golongan berisiko tinggi seperti ibu mengandung, warga emas, dan kanak-kanak. Vaksin ini membantu mengurangkan risiko gejala menjadi teruk walaupun tidak menjamin 100% tidak dijangkiti.

5. Selain demam dan selesema, apa lagi yang boleh diperiksa di klinik sakit am?

Di Poliklinik Raudhah Raisha Nilai, pemeriksaan sakit am turut merangkumi simptom seperti sakit kepala, gastrik, dan pelbagai masalah kesihatan harian yang lain. Anda boleh buat temujanji di halaman Pemeriksaan Sakit Am (General Check-Up) di Nilai.

Akhir kata, demam pada musim influenza sekarang ni bukan sesuatu yang patut dipandang ringan. Terutamanya bagi ibu mengandung, warga emas, dan kanak-kanak kecil di rumah anda.

Bak pepatah;

Mencegah lebih baik daripada berubat.

Di Poliklinik Raudhah Raisha Nilai, kami menyediakan perkhidmatan medical check-up am secara berkala untuk anda supaya kita dapat pantau perkembangan kesihatan dari masa ke semasa.

Artikel ditulis oleh:
doktor-klinik-detail-scan-baby-nilai

Dr. Norul Asyiqin

MBBS, Jordan University of Science and Technology

Dr. Norul Asyiqin ialah doktor perubatan bertauliah (MBBS, Jordan University of Science and Technology) yang berpengalaman mengurus kes perubatan keluarga, antenatal, postnatal dan kesihatan kanak‑kanak, serta komited menyampaikan maklumat kesihatan yang mudah difahami untuk orang ramai.

Table of Contents

Buat Pemeriksaan Kesihatan Am Secara Berkala

Jangan tunggu sakit jadi lebih teruk baru nak jumpa doktor. Mencegah lebih murah dan lebih baik.

Jom Whatsap Kami Sekarang!

Isikan borang di bawah untuk terus ke Whatsapp kami. Kami akan membalas anda ASAP.