Apa Pentingnya Ultrasound Scan Selain Scan Baby?

Ramai masih fikir ultrasound scan hanya untuk scan baby, betul ke?

Tidak sama sekali.

Dalam dunia perubatan moden, teknologi ultrasound kini memainkan peranan besar dalam pengesanan awal, pencegahan penyakit, dan penjagaan kesihatan wanita dimana jauh melangkaui kehamilan.

Di Poliklinik Raudhah Raisha, Klinik Nilai, kami menggunakan teknologi ultrasound moden bagi membantu wanita memahami tubuh mereka dengan lebih yakin dan selamat.

 

ultrasound-scan

Adakah Ultrasound Scan Selamat?

Ya! Ultrasound menggunakan gelombang bunyi, bukan radiasi. Ia tidak menyakitkan, selamat, dan memberikan imej dalaman badan dengan ketepatan tinggi.

Kini, ultrasound boleh membantu:

  • Mengesan ovarian cysts dan fibroids lebih awal.
  • Menilai organ pelvis untuk masalah haid atau kesakitan.
  • Mengesan awal kanser ginekologi dengan imej yang jelas dan tepat.

Menurut kajian Muhanna et al. (2022), ultrasound kini menjadi alat diagnostik pelbagai fungsi yang meningkatkan ketepatan dan keselamatan dalam keputusan perubatan.

 

Perlukah Saya Buat Ultrasound Scan Walaupun Tiada Gejala?

Ya, sangat digalakkan!

Ramai wanita menunggu gejala muncul sebelum pemeriksaan. Tapi sebenarnya, ultrasound scan pencegahan boleh mendedahkan masalah tersembunyi lebih awal.

Kajian Fischerova et al. (2024) menegaskan bahawa ultrasound memainkan peranan utama dalam pengesanan awal kanser ginekologi dan membolehkan rawatan dimulakan lebih cepat.

Di Poliklinik Raudhah Raisha Nilai, pemeriksaan ultrasound boleh mengesan:

  • Endometrial abnormalities seperti thickened lining atau polyps
  • Fibroid yang menyebabkan haid berat
  • Ovarian cysts yang menjejaskan kesuburan
ultrasound-scan-fibroid
Ultrasound Scan – Fibroid

Bolehkah Ultrasound Scan Menyelamatkan Nyawa?

Ya, sudah terbukti!

Kes Areys et al. (2025) menunjukkan seorang wanita dengan sakit perut teruk disahkan mempunyai torsioned giant mucinous cystadenoma melalui ultrasound. Diagnosis cepat menyelamatkannya daripada komplikasi serius.

Kajian Yeika et al. (2017) pula melaporkan ultrasound berjaya mengenal pasti giant ovarian cyst yang sebelum ini disalah anggap sebagai pengumpulan cecair.

Kes seperti ini membuktikan betapa pentingnya pemeriksaan awal, terutama jika anda mengalami:

  • Kembung perut yang berterusan
  • Sakit di bahagian bawah perut
  • Rasa tidak selesa tanpa sebab yang jelas

 

Adakah Ultrasound Scan Membantu Penjagaan Pencegahan?

Sudah tentu, ya!

Ultrasound bukan sekadar ujian, tetapi alat untuk memahami tubuh anda lebih mendalam.

Di Poliklinik Raudhah Raisha, Klinik Nilai, kami menggalakkan wanita menjalani pemeriksaan ultrasound berkala sebagai sebahagian daripada penjagaan kesihatan menyeluruh.

Kelebihan Ultrasound Pencegahan:

  • Mengesan masalah tersembunyi lebih awal
  • Menyokong perancangan kehamilan & kesuburan
  • Memantau rawatan dengan selamat dan tanpa sakit
  • Memberi ketenangan dengan hasil pantas

Falsafah kami:

“Early Action, Not Late Reaction.”

Kerana mencegah itu lebih baik daripada mengubati

Kesimpulan

Teknologi ultrasound kini bukan hanya untuk kehamilan, ia ialah asas penting dalam penjagaan kesihatan wanita moden.

Di Poliklinik Raudhah Raisha Nilai, kami berbangga menyediakan perkhidmatan ultrasound yang tepat, cepat, dan selamat bagi membantu wanita kekal sihat dan yakin.

Kesihatan anda berharga , jangan tunggu gejala muncul.
Tempah pemeriksaan ultrasound anda hari ini dan mulakan langkah pertama menuju kesejahteraan yang lebih baik.

 

Soalan Lazim (FAQ)

1. Adakah ultrasound menyakitkan?
Tidak. Pemeriksaan ultrasound tidak menyakitkan dan tidak menggunakan radiasi. Anda hanya akan berasa sedikit sejuk daripada gel yang digunakan di kulit.

2. Berapa lama proses ultrasound dijalankan?
Kebiasaannya sekitar 15 hingga 30 minit, bergantung pada bahagian yang diperiksa.

3. Bila masa terbaik untuk buat ultrasound?
Untuk wanita, waktu terbaik ialah antara hari ke-5 hingga ke-10 kitaran haid, apabila lapisan rahim lebih jelas untuk dinilai.

4. Perlu ke saya berpuasa sebelum ultrasound?
Untuk imbasan abdomen, ya, biasanya anda disaran berpuasa 4–6 jam.
Untuk imbasan pelvis atau rahim, anda perlu minum air bagi memastikan pundi kencing penuh.

5. Bolehkah ultrasound mengesan kanser?
Ya, ultrasound boleh membantu mengesan tanda awal tumor atau ketulan abnormal, walaupun ia perlu disahkan dengan ujian tambahan seperti CT scan atau biopsy.

6. Berapa kerap saya perlu buat ultrasound?
Sekurang-kurangnya setahun sekali untuk pemeriksaan umum, atau lebih kerap jika anda mempunyai sejarah fibroid, cyst, atau gangguan hormon.

 

Rujukan

  • Yeika, E., Efie, D., Tolefac, P., & Fomengia, J. (2017). Giant ovarian cyst masquerading as a massive ascites: a case report. BMC Research Notes, 10(1). https://doi.org/10.1186/s13104-017-3093-8
  • Fischerová, D., Smet, C., Scovazzi, U., Sousa, D., Hundarova, K., Haldorsen, I., … & Crean, V. (2024). Staging by imaging in gynecologic cancer and the role of ultrasound: an update of european joint consensus statements. International Journal of Gynecological Cancer, 34(3), 363-378. https://doi.org/10.1136/ijgc-2023-004609
  • Areys, H., Waldehawariyat, F., Osman, O., Ibrahim, A., & Ansar, I. (2025). A case of torsioned giant mucinous cystadenoma mimicking mesenteric cyst. Journal of Surgical Case Reports, 2025(4). https://doi.org/10.1093/jscr/rjaf180
  • Xu, T., Wang, L., Jia, Y., Jia, Z., Li, Z., Cui, S., … & Cui, M. (2019). Long-term multidisciplinary integrative therapy management resulted in favorable outcomes for ovarian cancer during pregnancy: a case report and literature review. Journal of Ovarian Research, 12(1). https://doi.org/10.1186/s13048-019-0584-3
  • Fischerová, D., Smet, C., Scovazzi, U., Sousa, D., Hundarova, K., Haldorsen, I., … & Crean, V. (2024). Staging by imaging in gynecologic cancer and the role of ultrasound: an update of european joint consensus statements. International Journal of Gynecological Cancer, 34(3), 363-378. https://doi.org/10.1136/ijgc-2023-004609
  • Muhanna, A., Shams, S., Khamis, A., Suliman, W., Αναζι, A., ABDULAZIZ, M., … & Abdullah, B. (2022). Exploring the multifaceted applications of ultrasound imaging in medical diagnostics. International Journal of Bio-Medical Informatics and E-Health, 10(6), 140-148. https://doi.org/10.30534/ijbmieh/2022/221062022

Artikel ditulis oleh:
doktor-klinik-detail-scan-baby-nilai

Dr. Norul Asyiqin

MBBS, Jordan University of Science and Technology

Dr. Norul Asyiqin ialah doktor perubatan bertauliah (MBBS, Jordan University of Science and Technology) yang berpengalaman mengurus kes perubatan keluarga, antenatal, postnatal dan kesihatan kanak‑kanak, serta komited menyampaikan maklumat kesihatan yang mudah difahami untuk orang ramai.

Table of Contents

Mommy Nak Tahu Lebih Lanjut Tentang Detail Scan Baby?

Lihat jenis imbasan, pakej dan apa yang disediakan di klinik scan baby kami di Nilai.

Jom Whatsap Kami Sekarang!

Isikan borang di bawah untuk terus ke Whatsapp kami. Kami akan membalas anda ASAP.