Selepas bersalin, apa perlu buat?
Jawapan ringkas: jaga pemulihan badan, emosi dan penyusuan. Kemudian buat pemeriksaan postnatal.
Ramai ibu fokus kepada bayi sahaja.
Itu biasa. Tapi badan ibu juga sedang pulih.
Tempoh ini dipanggil fourth trimester, atau trimester keempat.
Selepas baca artikel ini, anda akan tahu:
- Apa itu fourth trimester.
- Selepas bersalin, apa perlu buat dahulu.
- Masalah yang selalu dikesan semasa postnatal care.
- Tanda yang perlukan rawatan segera.
- Apa yang diperiksa di klinik.
Apa itu fourth trimester?
Ia ialah sekitar 12 minggu pertama selepas bersalin.
Dalam tempoh ini, badan ibu masih melalui:
- pemulihan fizikal, termasuk rahim dan luka
- perubahan hormon
- emosi yang naik turun
- penyusuan yang belum stabil
Fasa ini sering terlepas pandang.
Sebenarnya ia sama penting dengan pemeriksaan semasa mengandung.
Selepas bersalin, apa perlu buat?
Ini senarai ringkas untuk ibu:
- Buat pemeriksaan postnatal. Doktor semak pemulihan badan, emosi dan penyusuan.
- Perhatikan pendarahan dan luka. Termasuk jahitan atau parut pembedahan caesarean.
- Dapatkan bantuan penyusuan awal. Jangan tunggu sampai sakit atau putus asa.
- Jaga emosi. Beritahu doktor jika rasa sedih atau cemas berpanjangan.
- Bincang perancang keluarga. Contohnya Implanon atau kaedah lain.
- Semak status vaksin. Doktor boleh nasihatkan vaksin yang sesuai.
“Bila patut buat pemeriksaan postnatal?”
Di klinik kami, ibu boleh datang antara 2 hingga 6 minggu selepas bersalin.
Sebagai rujukan, ACOG mencadangkan ibu berjumpa doktor dalam 3 minggu pertama, dan pemeriksaan penuh tidak lewat daripada 12 minggu. NHS pula menawarkan pemeriksaan pada 6 hingga 8 minggu.
Ada masalah lebih awal? Jangan tunggu. Datang terus.
Mahu tahu lebih lanjut? Baca bila perlu buat postnatal check up.
Adakah postnatal care penting untuk semua ibu bersalin?
Ya.
Pemeriksaan postnatal membantu mengesan masalah yang biasa dialami ibu selepas bersalin.
“Saya rasa sihat. Perlu juga ke?”
Perlu.
Sesetengah masalah tidak beri tanda yang jelas pada awalnya. Contohnya tekanan darah, terutama jika ibu ada masalah tekanan darah semasa hamil.
Ini antara masalah yang selalu dikesan:
1. Haid dan pendarahan
Contohnya pendarahan luar biasa, haid tidak teratur atau sakit pelvis.
2. Masalah penyusuan
Ramai ibu berhenti menyusu kerana:
- payudara sakit atau bengkak
- risau susu tidak cukup
- mastitis (radang payudara)
Jangan biarkan sahaja.
Satu kajian mendapati ibu yang mengalami mastitis berisiko lebih tinggi untuk kemurungan selepas bersalin (Shen et al., 2023).
3. Kemurungan selepas bersalin (PPD)
Tandanya termasuk:
- sedih tanpa sebab
- hilang minat pada perkara yang biasa disukai
- emosi tidak stabil
Ramai ibu mengalaminya tanpa sedar.
Ia bukan tanda ibu lemah. Ia keadaan yang boleh dirawat. Baca lebih lanjut di NHS: postnatal depression.
4. Otot lantai pelvis lemah
Air kencing terkeluar bila bersin atau batuk?
Itu tanda otot lantai pelvis lemah. Beritahu doktor semasa pemeriksaan.
Bila perlu jumpa doktor segera?
Jangan tunggu tarikh pemeriksaan jika ada:
- pendarahan yang banyak atau semakin bertambah
- demam
- sakit kepala teruk atau pandangan kabur
- sesak nafas atau sakit dada
- betis sakit dan bengkak
- luka merah, bernanah atau berbau
- fikiran untuk mencederakan diri
Dapatkan rawatan segera di klinik atau jabatan kecemasan terdekat.
Bagaimana ultrasound membantu selepas bersalin?
Jika perlu, doktor boleh buat ultrasound untuk melihat:
- sisa uri yang tertinggal
- cyst atau fibroid
- punca pendarahan luar biasa
- proses rahim kembali pulih
Apa yang diperiksa di Poliklinik Raudhah Raisha Nilai?
Pemeriksaan selepas bersalin di klinik kami termasuk:
- pemeriksaan pemulihan fizikal
- ultrasound (jika perlu)
- pemeriksaan otot lantai pelvis
- sokongan emosi dan saringan PPD
- sokongan penyusuan
- kaunseling perancang keluarga
- semakan status vaksin
Bayi juga perlu diperiksa. Lihat pemeriksaan bayi baru lahir.

Soalan lazim
Selepas bersalin, apa perlu buat dahulu?
Rehat, perhatikan pendarahan dan luka, dapatkan bantuan penyusuan, dan buat pemeriksaan postnatal. Jika ada tanda bahaya, dapatkan rawatan segera.
Bila perlu buat pemeriksaan postnatal?
Di klinik kami, antara 2 hingga 6 minggu selepas bersalin. Datang lebih awal jika ada masalah.
Ibu bersalin caesarean pun perlu?
Ya. Doktor akan semak luka pembedahan selain pemulihan badan, emosi dan penyusuan.
Apa perlu dibawa?
Kad pengenalan, buku pink, rekod hospital semasa bersalin jika ada, dan senarai soalan atau simptom.
Kesimpulan
Selepas bersalin, apa perlu buat? Jaga diri anda juga.
Pernah hampir berputus asa untuk menyusu? Rasa sakit atau emosi terganggu?
Inilah masanya untuk buat pemeriksaan postnatal.
Kesihatan ibu sama penting dengan kesihatan bayi.
Poliklinik Raudhah Raisha Nilai
G-02, Jalan Perniagaan Laman Gala, Pusat Perniagaan Laman Gala, 71800 Nilai, Negeri Sembilan
Isnin – Sabtu: 9 pagi – 9 malam. Ahad: tutup.
Temujanji: WhatsApp 016-755 8761
Rujukan
- ACOG (2018). Optimizing Postpartum Care. Committee Opinion No. 736.
- NHS. Your 6-week postnatal check.
- NHS. Postnatal depression.
- Shen, F., et al. (2023). Increased risk of postpartum depression in women with lactational mastitis: a cross-sectional study. Frontiers in Psychiatry, 14. doi.org/10.3389/fpsyt.2023.1229678
